Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > [Kenyataan Rasmi] : Pembatalan Jaulah Santai Kaherah

[Kenyataan Rasmi] : Pembatalan Jaulah Santai Kaherah

post logo (jpg)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ke atas dua nikmat terbesar yang masih dikurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.

ISU KESELAMATAN 30 JUN

Umum mengetahui bahawa politik Mesir mengalami sedikit pergolakan apabila puak penentang melakukan perhimpunan besar-besaran dan bertindak ganas di beberapa tempat sempena 1 tahun pemerintahan Presiden Mesir, Dr. Morsi. Sehubungan itu, pihak Kedutaaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah mengeluarkan satu garis panduan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapai sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

PEMBATALAN PROGRAM

Merujuk kepada item 3.1.4 di dalam garis panduan tersebut, semua warganegara Malaysia disarankan untuk menangguhkan semua pergerakan ke tempat dan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajian ataupun tugas pekerjaan mulai 28 Jun sehingga 1 Julai 2013. Justeru, pihak Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Zagazig memutuskan untuk membatalkan program Jaulah Santai Kaherah yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2013.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” (Surah Ali Imran : 54) 

Sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Akhir kata, kami di pihak kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig menyarankan semua ahli untuk meletakkan prioriti dan keutamaan sebaiknya sepanjang tempoh getir ini.

Siiru ‘ala barakatillah.

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SHIFA’, AR-RAHMAH”

MUHAMMAD ADIB BIN OMAR Naib Pengerusi I, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.
MUHAMMAD ADIB BIN OMAR
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.
NURUL FARHANA BINTI ZAINUDIN Naib Pengerusi II, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.
NURUL FARHANA BINTI ZAINUDIN
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda