Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [ Kenyataan Rasmi ] : Pemangkuan AJKT PCZ Sesi 2013/2014

[ Kenyataan Rasmi ] : Pemangkuan AJKT PCZ Sesi 2013/2014

logo PERUBATAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2013/2014 yang telah & akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir Pemangku
Pengerusi Mohd Syahmi Amir bin Md. Razali 25 Julai 2013 28 Ogos 2013 Muhammad Adib bin Omar (01114548967)
Bendahari Syakir Husein bin Sohaimi 15 Ogos 2013 20 September 2013 Shakirah bt Mohd Ruslan (01149645156)
Ketua Biro Akademik Mohd Taufik bin Mohd Ishak 27 Julai 2013 15 Ogos 2013 Syakir Husein bin Sohaimi (01125203344)
Timbalan Biro Kebajikan Intan Zarina bt Zawawi 15 Julai 2013 20 Ogos 2013 Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli (01119039681)
Timbalan Biro Sukan & Aktiviti Luar Manisa Sazwin bt Mohd Syukri 31 Julai 2013 1 September 2013 Sofieyah bt Mohammad Ishak (01145523548)
Ketua Biro Perumahan Shukri Maulana Maulana bin Mohamad Anuar 3 Julai 2013 8 Ogos 2013 Syakir Husein bin Sohaimi (01125203344)
Timbalan Biro Ekonomi Nisrin bt Che Rahmat 15 Ogos 2013 17 September 2013 Intan Zarina bt Zawawi (01207728430)

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
NUR ZAHIDAH BT HOSMAN Timbalan Pengerusi  PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
NUR ZAHIDAH BT HOSMAN
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14

 

Tinggalkan komen anda