Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > [Kenyataan Rasmi] : Panduan Keselamatan Sepanjang IHRAM 1434H

[Kenyataan Rasmi] : Panduan Keselamatan Sepanjang IHRAM 1434H


post logo (jpg)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, pada hari ini, bersamaan 10 Julai 2013, kita telah pun melangkah ke satu bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Di peringkat PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) satu program khas sepanjang Ramadhan akan dilaksanakan, iaitu program yang diberi nama Ihya’ Ramadhan 1434 (IHRAM 1434) yang bertemakan “Ramadhan Kareem, Allahu Akram”

Namun, dalam keadaanMesir yang bergolak dengan isu politik sejak 30 Jun yang lalu, kita sebagai pelajar luar yang menuntut di negeri Ardhul Kinanah ini turut merasai tempias kehangatan isu ini. PCZ sentiasa berusaha agar keselamatan ahli-ahli dibumi Zagazig ini diutamakan. Oleh itu, pihak JAKSI telah mengeluarkan beberapa garis panduan keselamatan sepanjang tempoh IHRAM 1434 ini berlangsung.

  1. Sebarang pelaksanaan program yang berbentuk perkumpulan di Zagazig Malaysian Students Hall (ZMSH) akan berjalan seperti biasa melainkan ada isu keselamatan di kawasan sekitar.
  2. SolatTerawih:
    I.            Ikhwah – dinasihatkan untuk menunaikan solat terawih di MASJID BERHAMPIRAN atau di ZMSH sahaja.
    II.          Akhawat – digalakkan untuk menunaikan SOLAT DIRUMAH. Namun, sekiranya ada akhawat yang ingin menunaikan solat di masjid atau di dewan, anda diminta untuk bergerak dalam keadaan BERKUMPULAN dan BERMUSYRIF.
    III.         Ahli dilarang untuk menunaikan solat terawih di masjid yang berdekatan dengan kawasan pengumpulan / panas atas faktor keselamatan antaranya:

    • Masjid Fatah
    • Masjid sekitar Muhafazah
    • Masjid sekitar Mahattah
  3. Ahli PCZ diminta untuk sentiasa peka dan MEMATUHI pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak PERUBATAN dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
  4. Digalakkan kepada semuaahli PCZ untuk unfriend / hide post sahabat-sahabat tempatanMesir yang berada dalam senarai friend di akaun facebook masing-masing untuk mengelakkan sebarang provokasi daripada pihak arab yang berlebihan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk meningkatkan keselamatan diri masing-masing agar kita semua dapat mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Disamping itu, marilah kita sama-sama menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai madrasah untuk mentarbiyah diri kita sebaiknya disamping berdoa agar Mesir kembali aman dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sirru ‘alabarakatillah.

Sekian, Wasalam.

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda