Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Shantah Ramadhan

Shantah Ramadhan

Shantah Ramadhan
Shantah Ramadhan

Sebagai umat Islam yang sentiasa mencari keredhaan Ilahi, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dirindui serta dirai oleh umat islam khususnya kerana pada bulan inilah pintu rahmat dan keampunan dibuka seluas-luasnya dan pintu kekhilafan ditutup serapat-rapatnya. Berkat-Nya yang meliputi segala sesuatu dan tiap ketika, serta setiap amalan kebaikan digandakan dengan beberapa lipatan. Sebagai hamba-Nya adalah sesuatu yang merugikan jika tidak merebut peluang ini dengan meningkatkan amal kebaikan serta merendahkan diri bagi membersihkan diri yang sentiasa bergelumang dengan kesalahan dan kekhilafan.
Dengan kedatangan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, Biro Kebajikan PCZ Sesi 2013/2014 buat julung kalinya menganjurkan program SHANTAH RAMADHAN melalui PEACE.

SHANTAH RAMADHAN yang membawa maksud dari segi bahasa sebagai bungkusan di bulan Ramadhan. Nama ini dipilih kerana ia menjadi sebagai simbolik bagi sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk tempatan didalam bentuk beg yang berisi barang-barang keperluan asas.

Program ini diadakan untuk membuka peluang kepada ahli untuk memberi sumbangan kepada penduduk tempatan di bulan Ramadhan serta memupuk silaturrahim antara ahli serta penduduk tempatan dengan menyalurkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di hospital.

Oleh demikian, kami menyeru kepada semua ahli PCZ agar merebut peluang yang datang setahun sekali ini dengan bersedekah dan menyumbang kerana pada bulan Ramadhan setiap amalan akan digandakan. Tambahan lagi dengan adanya sumbangan dan sedekah ini semoga ia akan menjadi penebus dosa kita serta menjadi penyebab untuk mendapat keredhaan-Nya.

Sumbangan akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas dan akan diberikan kepada penduduk tempatan serta sebahagian daripada sumbangan akan disalurkan kepada Syria.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan bolehlah merujuk kepada:
Mohd Zulfadzli Bin Yamin: 011-46249164
Che Asmaa’ bin Che Bahanuddin: 011-44023996

“Our Ummah , Our Concern “

 

Tinggalkan komen anda