Home > Biro PCZ > Biro Perumahan > Kenyataan Rasmi Dana Dewan

Kenyataan Rasmi Dana Dewan

post logo (jpg)

“Barang siapa meminjami (menginfaqkan di jalan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan(rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah, 2:245)

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan kurnia-Nya, kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk berada di atas muka bumi Allah ini untuk mencari sebanyak mungkin bekalan amalan untuk kita bawa ke negeri akhirat.

Untuk makluman ahli, PERUBATAN Cawangan Zagazig menerima usul “Menubuhkan dana dewan melalui sistem infaq berunit bagi menampung kos sewa Zagazig Malaysian Students Hall”. Usul ini diterima dengan mengharapkan penjanaan dana dalam kalangan ahli sendiri bagi menampung kos sewa dewan dan juga kos penyelenggaraan dewan tersebut. Melalui penjanaan dana ini, PCZ dapat menyediakan fasiliti yang terbaik kepada ahli untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan seterusnya melaksanakan usul yang dibawa dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang lepas.

Apa itu Dana Infaq Berunit ?

Dana infaq berunit ini merupakan satu sistem yang diwujudkan di bawah Ahli Jawatankuasa Khas ZMSH, Biro Perumahan, PCZ yang  bertujuan untuk membiayai sewa dewan ZMSH.

Bagaimana modus operandi Dana Infaq Berunit ini?

Melalui sistem jualan unit (Dana infaq berunit) yang akan dibuka sebanyak 4 peringkat untuk tempoh setahun dan setiap satu peringkat akan dijual sebanyak 60 unit. Jualan 60 unit untuk satu peringkat ini yang akan menampung kos sewa dewan selama 3 bulan. 60 unit ini pula dibahagikan kepada 3 jenis belian:

10 unit : EGP 50 per bulan
30 unit : EGP 30 per bulan
20 unit : EGP 20 per bulan
Jumlah Keseluruhan = LE 1800 per bulan.

Kemudiannya, 60 unit tersebut akan dibuka pula kepada pembeli baru untuk 3 peringkat yang berbaki dalam tempoh setahun. Keseluruhan kos sewa dewan berjumlah EGP 21 600 dalam tempoh setahun.

Kutipan akan dijalankan pada minggu pertama setiap bulan mengikut peringkat seperti berikut:

  • Peringkat  1 : 60 unit (Julai – September)
  • Peringkat  2 : 60 unit (Oktober-Disember)
  • Peringkat  seterusnya bermula pada tahun 2014 dan bagi setiap peringkat tersebut mempunyai tiga bulan (setahun, 4 peringkat).

Pendaftaran dan kutipan akan dilakukan oleh AJK Unit Infaq di bawah Ahli Jawatankuasa Khas ZMSH, Biro Perumahan, PCZ.

  • Abdussalam Bin Mohd Rashdi                  0114 1196599
  • Azean Diyana Binti Ag. Damit                   0106 6092104

Selain melaksanakan Dana Infaq Berunit ini, tabung-tabung sumbangan bagi pengurusan dan penyelenggaraan dewan juga disediakan di dewan bagi memberi peluang kepada ahli memberi sumbangan walaupun dalam skala yang kecil.

Usaha Biro Perumahan untuk menjayakan usul ini hanyalah semata-mata untuk memastikan dewan yang digunakan dapat berfungsi dengan baik dan berterusan bagi kegunaan ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig secara khususnya dan mahasiswa Malaysia di Zagazig secara amnya. Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberatkan timbangan amalan kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”        

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

Syukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar | Ketua Biro Perumahan
Syukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar | Ketua Biro Perumahan
Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli | Timb. Ketua Biro Perumahan
Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli | Timb. Ketua Biro Perumahan

Tinggalkan komen anda