Home > Menu > Berita > Kelahiran putera ketiga Farahiyah : Pembedahan tanpa elektrik

Kelahiran putera ketiga Farahiyah : Pembedahan tanpa elektrik

ZAGAZIG, 3 JUN 2013 – Berbekalkan mesin generator untuk meneruskan proses pembedahan akibat terputus bekalan elektrik di hospital, ia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi saudari Farahiyah binti Abraham Peinstowsky, pelajar tahun 4 jurusan Farmasi Universiti Zagazig  yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.05 kg di Hospital Madinah Dauli, Hayyu Zuhr , Zagazig pada pukul 9 pagi tadi melalui proses pembedahan Caesarean. Saudari Farahiyah juga dikenali sebagai ‘Ummu As-Syafie’ kerana mempunyai pasangan kembar Ahmad dan Mahmoud As-Syafie yang menceriakan masyarakat Malaysia di sini .

baby

Saya berasa gementar kerana pembedahan kali ini dilakukan menggunakan kaedah regional anesthesia dan ketika pembedahan mula dijalankan, berlakunya kejadian blackout (terputus bekalan elektrik) . Saya perlu bersedia mental dan fizikal dan bersyukur kerana semuanya telah berjalan dengan lancar “ ujar beliau apabila ditanya mengenai proses pembedahan yang dijalankan.

Kunjungan sahabat-sahabat seusai proses kelahiran bayi telah memberikan sokongan moral kepada ibu yang sangat tabah ini. Selain itu, Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) , saudari Nur Zahidah binti Hosman yang hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudari Farahiyah turut mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa kekagumannya kepada ibu tiga mujahid tersebut.

“Tahniah diucapkan kepada Kak Farah dan pasangan diatas kelahiran bayi ketiga ini. Diharapkan kehadiran mujahid muda ini dapat menguatkan semangat Kak Farah untuk terus berjuang dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan memandangkan pada ketika ini merupakan fatrah imtihan bagi pelajar Universiti Zagazig.”


baby 2Bercadang untuk mengumumkan nama bayi pada hari ketujuh kelahiran, rata-rata pelajar Malaysia di sini kagum dengan kesungguhan dan ketabahan beliau yang tidak menjadikan komitmen dalam berkeluarga sebagai penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Warga PERUBATAN Cawangan Zagazig mendoakan agar saudari Farahiyah dan pasangannya, Encik Mohd Sodri yang sentiasa menemani beliau sepanjang proses kelahiran , diberikan kesihatan yang baik dan dapat menghadapi peperiksaan dalam keadaan baik memandangkan subjek seterusnya yang bakal dihadapi beliau adalah pada 5 Jun ini.

 

Amani Binti Ramli,

Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

 

 

One comment

  1. tahniahh2. amani ramli hassan ker yg jd wartawan ni?
    tinggi juga ilmu bahasanya ye. haha

Leave a Reply to bashiir Cancel reply