Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Jaulah Santai Kaherah

Jaulah Santai Kaherah

jsk

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Jaulah Santai Kaherah kembali lagi !

Buntu dalam mencari hadiah atau oleh-oleh untuk dibawa balik ke Malaysia?
Tidak tahu macam mana untuk ke tempat popular yang menjadi syurga membeli-belah di Mesir?

Jangan risau ! Jom sama-sama mendaftar ke Jaulah Santai Kaherah 2013.Anda akan dibawa menerokai :

1-Kilang Kristal Asfour yang bertempat di Shoubra.

Ditubuhkan pada 1961,ianya adalah kilang pembuatan kristal terbesar dengan kapasiti pembuatan sehingga 100 tan kristal sehari. Kristal Asfour juga dikatakan sebagai jenama kristal paling ramai digunakan di Eropah. Dengan mempunyai bilik pameran terbesar dan fasiliti terbesar di dunia, anda pasti tidak kecewa dengan lawatan ke sini !

2.Masjid Al-Azhar

Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, julukan Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah SAW.Menjadi tempat utama ulama dahulu dan pelajar sekarang menimba pelbagai ilmu,tentunya kedatangan ke masjid ini tidak patut disia-siakan.

3.Pasar Hussein

Diasaskan seawal 1382 ketika era kesultanan Mamluk,ianya kekal sehingga ke hari ini sebagai salah satu destinasi wajib membeli belah oleh para pelancong.Anda boleh mendapatkan tasbih koka,kekacang,cenderahati dan jubah untuk dihadiahkan kepada insan tersayang di Malaysia!Jika pandai menawar harga,anda pasti memperoleh sesetengah barangan dengan harga yang murah dan berbaloi !

Apa tunggu lagi. Jom daftar !

*Yuran penyertaan termasuk pengangkutan dan makanan
**Tempat adalah terhad

“Sport the Diversity”

Biro Sukan Dan Aktiviti Luar
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda