Home > Menu > Berita > Wi-Fi WEEK : Memberi Dalam Berukhuwah

Wi-Fi WEEK : Memberi Dalam Berukhuwah

wifi aZAGAZIG, 19 April 2013 – Unit PEACE  di bawah kelolaan Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2013 dengan jayanya telah menganjurkan Wi-Fi ( We Give For Islam) sempena menyambut fatrah imtihan yang kian dirasakan bahangnya.

WIFI adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh PEACE Zagazig yang bertemakan ‘ Fill A Heart , Spread Ukhuwah Fillah”,  yang mana memberi peluang kepada setiap ahli untuk mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang sedia terjalin dengan memberi cenderahati serta hadiah berupa penghargaan kepada sahabat serta tenaga pengajar yang tidak jemu mencurahkan ilmu, dalam masa yang sama untuk mempraktikkan nilai bahawa memberi itu lebih baik daripada menerima.

Hasil kerjasama semua ahli, PEACE  yang mula beroperasi selama seminggu bermula 10 April 2012 sehingga 18 April 2013 telah berjaya mengumpul sebanyak 1370 tempahan. Antara item yang dijual adalah kek Red Velvet, kek coklat, minyak wangi, bunga, coklat, Ferrero Rocher, marshmallow dan kad ucapan. Susulan daripada itu, Wi-Fi telah berjaya mencatatkan hasil jualan berjumlah LE 5766.00  dan keuntungan bersih sebanyak LE 2870.00 . Sebanyak 70 % daripada jumlah yang dicatatkan yang mana bersamaan dengan LE 2010.00 , akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan PEACE . Manakala 30 % lagi yang berjumlah LE 860.00 akan dimasukkan ke dalam akaun PEACE untuk pelaksanaan program yang akan datang.

wifi b

Sambutan yang diterima daripada para ahli dalam menjayakan Wi-Fi ini adalah amat menggalakkan. “Sangat seronok apabila mendapat hadiah dan dapat memberi hadiah kepada sahabat dan juga tenaga pengajar” ujar seorang ahli dalam mengutarakan pendapat mengenai maklum balas tentang Wi-Fi. Sehinggakan ada yang menyarankan supaya tempoh Wi-Fi ini dipanjangkan dan dibuat beberapa kali dalam setahun dan bukan sekali setahun sahaja. 

wifi cPEACE mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli dalam kejayaan melaksanakan Wi-Fi  seterusnya mengucapkan selamat menempuh imtihan kepada mahasiswa-mahasiswi Sains Kesihatan dan Pengajian Islam di bumi Zagazig khususnya dan seluruh mahasiswa di perlembahan Nil umumnya. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T , dan tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.

 

 

Disediakan oleh:

FATIN NAEMAH BINTI MOHD ARSHAD ,
Setiausaha Dan Bendahari ,
Unit PERUBATAN For Peace And Care (PEACE) ,
Biro Kebajikan ,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014 .

 

Tinggalkan komen anda