Home > Menu > Berita > Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Zagazig,26 Mac 2013 – Satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa kita  juga mampu untuk setanding dengan mahasiswa perubatan universiti lain apabila Saudara Syamsuddin Bin Farouk menjadi wakil pelajar Malaysia daripada sepuluh peserta pembentangan “Towards Better Performance In Medical Education”.

Beliau menjadi contoh bahawasanya dalam dunia perubatan bukan aspek skil dan pendidikan sahaja yang penting namun aspek komunikasi dengan kemasyarakatan melalui pengucapan dan pembentangan juga penting bagi menjadi seorang doktor yang serba boleh.Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga prestasi cemerlang ini menjadi contoh buat mahasiswa lain.                

Turut diadakan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang mengikut tahun pengajian masing-masing bermula dari tahun 2 hingga  tahun 5.

Penerima anugerah adalah :

Tahun 2 – Saudara Muhammad Amir Rasyid Bin Ahmad Makmom,
Tahun 3 – Saudari Lily Nazurah Bin Amjah,
Tahun 4 – Saudara Nik Hazzamey Bin Nik Ismaiddin
Tahun 5 – Saudari Nur Zahidah Bt Hosman.

Setiap pelajar menerima anugerah berupa sijil dan stetoskop . Koordinator Pelajar Malaysia,Prof Dr Osama Kamhawy melahirkan rasa bangga di atas kejayaan ini dan harapan beliau agar pelajar ini mampu mengekalkan kecemerlangan dan berdiri sekali lagi di atas pentas yang sama pada tahun hadapan.

Pencapaian ini merupakan sesuatu yang membanggakan dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang serba boleh dalam segenap aspek.Anugerah adalah simbolik kejayaan namun yang penting,niat kita untuk cemerlang itu mestilah untuk ummah.

HAC

 “Achieve the Highest,Improve the Others”

Disediakan Oleh,

Nurul Farahain Bt Mohd Anafi
Setiausaha 1
Biro Akademik
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

 

 

 

Tinggalkan komen anda