Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > LIFE Grand Finale : Bastion of Islam

LIFE Grand Finale : Bastion of Islam

Zagazig , 12 April – Siri akhir Akademi LIFE II anjuran Mentor Council di bawah Biro Pembangunan Insan sesi 2013/2014  telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari kalangan mahasiswa/i tahun pertama,malah mahasiswa/i dari tahun lain turut hadir menjayakan majlis gilang-gemilang tersebut.

lifefinale1

Acara dimulakan dengan alunan Asmaul Husna,nyanyian lagu tema Akademi LIFE, “Bingkai Kehidupan” dan acara perasmian oleh Saudara Mohd Syahmi Amir bin Md Razali, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2013/2014. Sejurus selepas itu,pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk The People’s Worker telah disampaikann dengan penuh karisma oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Nafi’ Taqiuddin, pelajar jurusan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar, Kaherah. Selepas menikmati minum pagi, program diteruskan dengan pengisian kertas kerja kedua yang bertajuk I’m The Ideal Muslim yang diolah oleh Ustaz Muhammad Faroaq , kuliah Bahasa Arab tahun 3, daripada Kaherah.

Kira- kira jam 11.50 pagi, majlis ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada siswa untuk solat Jumaat. Seusai solat Jumaat, acara disambung lagi dengan forum Muslim United dengan gandingan Ustaz Hadi Jusoh, jurusan  Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra dan Ustaz Ibrahin Bin Ali, jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Slot ini dikelolakan oleh Saudara Umar Izzudin Bin Ramli sebagai moderator. Sejurus itu peserta diberi masa untuk bertanyakan soalan kepada para panel. Pelbagai soalan telah diutarakan oleh para peserta untuk meleraikan pelbagai kekeliruan yang berkaitan tentang ta’adud jemaah yang berada di benak fikiran mereka.

lifefinale3

Usai azan berkumandang, majlis memberi laluan kepada tetamu kehormat serta bakal graduan Akademi LIFE II untuk menunaikan solat Asar. Kegemilangan majlis LIFE II Grand Finale diteruskan lagi dengan modul kedua untuk melihat sejauh mana kefahaman yang tersemai dalam kalangan bakal graduan tentang tajuk-tajuk Akademi LIFE selama ini. Alhamdulillah para peserta ternyata dapat memberikan jawapan yang melayakkan mereka bergelar graduan Akademi LIFE II.

Sekitar jam 5.20 petang, Saudara Abdul Hakim Bin Suhimin, ketua penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2013/2014 telah mengetuai acara penutupan Akademi LIFE II. Sejurus selepas itu, berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para kumpulan smart circle. Kumpulan Smart Circle Raudah Mujahidah telah memenangi kempen We Are Young Muslim (WARM). Acara kemuncak akademi LIFE II pun bermula dengan penyampaian sijil kepada graduan LIFE II. Seramai 33 peserta menerima Anugerah Emas. Abrar Bin Wahidan telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademi LIFE II manakala Tokoh Akademi LIFE II bagi akhawat pula ialah Nasreen Binti Zhari. Ikrar bagi graduan Akademi LIFE II telah diketuai oleh Abrar Bin Wahidan. Pada slot yang terakhir, para tetamu disajikan dengan tayangan video sepanjang sesi Akademi LIFE II. Majlis kemudiannya melabuhkan tirai sekitar jam 6.20 petang.

 lifefinale4

“Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau pendengar (mendengarkan orang mengaji) atau pencinta (mencintai ilmu) dan (jangan) engkau jadi orang yang kelima (tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengarkan pengajian, dan tidak mencintai ilmu), maka engkau akan hancur.” (H.R. Baihaqi)

 

“Mencipta Langkah, Mengaspirasi Ummah”

Disediakan Oleh,


SARINAH BT ABDUL KADIR
Timbalan Setiausaha LIFE Grand Finale : Bastion of Islam.
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

 

Tinggalkan komen anda