Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Laporan LIFE Siri 5

Laporan LIFE Siri 5

ZAGAZIG, 27 Mac 2013–  Telah berlangsung LIFE II Siri 5 bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall anjuran Akademi LIFE dibawah kelolaan Mentor Council, Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2013/2014

Para peserta mula tiba seawal jam 5 petang dan bersama-sama menikmati makan malam. Majlis diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah yang telah diimami oleh peserta  Akademi LIFE II.

Usai solat maghrib, majlis diteruskna dengan slot pertama, ‘’Muslim Ilusi dan Musuh Realiti’’ yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizzudin Ghazali. Slot ini telah sedikit sebanyak memberi para peserta  pencerahan berkaitan bagaimana perancangan yang tersusun yang telah dilakukan oleh musuh-musuh islam bagi menjatuhkan islam serta umatnya tanpa umat islam sedari.

life4

Seterusnya majlis disambung dengan sedikit selingan sebelum slot kedua iaitu ucapan oleh Mudir Akademi LIFE saudara  Farhan bin Ahmad Murtza mengenai pencerahan tentang objektif LIFE siri 5 dan harapan beliau supaya para peserta akademi terus istiqamah sehingga ke siri seterusnya.

Slot kedua bertajuk “First Things First” disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulhaili Zainal Ali. Didalam slot ini, penceramah memberi penerangkan kepada peserta  bagaimana untuk menentukan prioriti dalam setiap urusan harian berdasarkan yang digariskan oleh syarak.

life4 1

Sebelum bersurai, sedikit penerangan tentang kempen WARM (We Are Real Muslim) yang telah dikendalikan oleh Mudir LIFE ,Saudara Farhan bin Ahmad Murtza dan disertai oleh kesemua peserta LIFE Siri 5 yang hadir pada malam tersebut.

Diharapkan para peserta akademi memanfaatkan segala input yang diperolehi sepanjang siri akademi LIFE, kerana “ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah’’

‘’Mencipta Langkah, Mengaspirasi Ummah’’

Yang menjalankan tugas,

Siti Amirah bt Yusof,
Setiausaha LIFE II Siri 5,
Unit Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

 

 

 

Tinggalkan komen anda