Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Setiausaha > Kenyataan Rasmi Borang Pergerakan Pelajar Semasa Cuti Musim Panas

Kenyataan Rasmi Borang Pergerakan Pelajar Semasa Cuti Musim Panas

post logo (jpg)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah setinggi-tinggi  kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita semua sehingga ke hujung sesi pengajian yang mana tidak lama lagi kita semua akan menduduki peperiksaan akhir tahun, Bittaufiqwannajah dan selamat menempuh peperiksaan diucapkan kepada semua ahli PCZ.

Seperti kebiasaannya, setelah selesainya peperiksaan akhir tahun,ramai dikalangan ahli PCZ  akan pulang ke Malaysia atau mengambil peluang untuk melancong ke luar mesir. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2013/2014  di dalam fatrah gerak kerja  mengumpulkan Maklumat Pergerakan  Ahli yang keluar dari mesir tidak kira samada yang akan pulang ke Malaysia mahupun melancong ke luar mesir. Ini adalah bertujuan memudahkan penyimpanan maklumat sebagai rujukan jika berlaku sebarang masalah keselamatan sepanjang cuti musim panas nanti. Borang  pergerakan ini telah kami edarkan melalui Class Presiden (CP) atau Class Vice Presiden (CVP) bagi kelas masing masing pada tarikh 24 April 2013.

Oleh yang demikian,pihak kami mengharapkan kerjasama kalian untuk mengisi maklumat kalian semua secara telus  bagi memastikan segala urusan  diperingkat kita semua berjalan dengan baik hendaknya.

Segala kerjasama yang diberikan yang  kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih, Jazakallahhukhairan kathira.

Sekian, wassalam.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”        

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Disediakan oleh Jabatan Setiausaha PCZ 2013/2014.

Setiausaha PCZ 2013/2014
Setiausaha PCZ 2013/2014 | Mohd Zakhiruddin bin A. Bakar
Timb. Setiausaha PCZ 2013/2014
Timb. Setiausaha PCZ 2013/2014 | Nik Mahabbah Khairiah binti Nik Din

Tinggalkan komen anda