Home > Majlis Tertinggi > Kelas Fiqh Perubatan dan Roadshow Bersama Majlis Tertinggi PERUBATAN

Kelas Fiqh Perubatan dan Roadshow Bersama Majlis Tertinggi PERUBATAN

ustaz fiqh

Zagazig, 3 April 2013 – Buat julung kalinya, PERUBATAN Cawangan Zagazig telah menganjurkan kelas Fiqh Perubatan yang dilihat sebagai suatu keperluan untuk memberi input dan mendidik pelajar-pelajar jurusan sains kesihatan Universiti Zagazig  agar  lebih cakna dengan cara  bermuamalah dengan pesakit mengikut garis panduan Islam.

ahli msa fiqhKelas ini telah diajarkan oleh Al-fadhil Ustaz Kamal bin Mansor, pelajar Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah yang telah membicarakan mengenai panduan bermuamalah bersama pesakit. Antara topik yang telah dikupas adalah mengenai niat yang ikhlas kerana Allah untuk membantu pesakit dari aspek jasmani malahan menanamkan sifat raja’(harapan) dan menjauhkan diri pesakit dari sifat putus asa. Selain itu, adab interaksi bersama pesakit dan isu thoharah(kesucian) serta adab-adab dan ibadah pesakit juga ditekankan agar bakal-bakal doktor yang lahir dari bumi Ardul Kinanah ini boleh dijadikan panduan dalam menyemai sifat cintakan Islam secara holistik.

Interaksi dua hala mengakhiri kelas ini. Pelbagai persoalan diutarakan antaranya mengenai pengguguran bayi akibat kes rogol, masalah wudhu’ dan tayammum yang boleh dicampurkan, serta isu percampuran mazhab untuk ruksah kepada pesakit.

Program pada malam itu diselitkan dengan slot pendek “Roadshow Bersama MTP”. Majlis Tertinggi Perubatan yang membawakan  wakil daripada tujuh universiti di Mesir seramai 14 orang. Slot yang telah dikendalikan oleh Presiden PERUBATAN ini sendiri jelas mendekatkan hubungan dan menimbulkan rasa mahabbah antara pimpinan tertinggi PERUBATAN dan ahli-ahli PERUBATAN di Zagazig . Dalam slot ini juga, pimpinan PERUBATAN turut menyampaikan 5 agenda utama  PERUBATAN pada sesi ini yang memfokuskan mengenai akademik, kebajikan, kesatuan, profesionalisme dan pembangunan modal insan untuk melahirkan ahli PERUBATAN yang berketerampilan.

mtp

Beberapa soalan telah diutarakan didalam slot ini. Antara yang telah menarik perhatian hadirin dan hadirat pada malam itu adalah soalan yang diutarakan oleh saudari Khairunnisa binti Borhan mengenai sumbangan yang boleh disumbangkan kepada PERUBATAN agar terus ampuh dan kukuh untuk menaungi ahli-ahlinya. Ini jelas membuktikan PERUBATAN sentiasa mendapat sokongan dan dokongan daripada ahli-ahlinya agar terus melangkah diiringi doa dan semangat yang tidak putus-putus bertepatan dengan slogan PERUBATAN, ‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’.

akhwat mtp

mtp n ahli

 

Disediakan oleh,
Amani Binti Ramli
Unit Liputan
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda