Home > Menu > Berita > 9 Hari Bersamamu Syria

9 Hari Bersamamu Syria

ZAGAZIG, 31 MAC 2013 –  Kempen Peace For Syria yang telah dijalankan oleh PERUBATAN For Peace and Care (PEACE) di bawah Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig  2013/2014. Kempen ini telah diadakan untuk mengutip dana bagi membantu rakyat  Syria yang dikhabarkan kira-kira  100,000 orang telah menjadi pelarian dan kini berada di sempadan Mesir.

Kempen yang berjalan selama 9 hari bermula pada 23 Mac sehingga 31 Mac lalu telah dijayakan oleh semua AJK PEACE dengan sokongan serta dokongan daripada  ahli PERUBATAN dan pelajar-pelajar Pengajian Islam di bumi  Zagazig .

Antara kejayaan terbesar yang dicapai ialah sepanjang  Kempen Peace for Syria dijalankan  adalah dengan mengadakan “Syria Warehouse & Book Donation “   iaitu menderma sejumlah besar pakaian-pakaian terpakai,  barang-barang keperluan seperti kasut, beg dan lain-lain kepada pelarian Syria.

syria 2

Di samping itu, inisiatif lain juga dijalankan dengan mengumpulkan  dana  melalui jualan T-shirt, makanan seperti  kaya Syria,rojak buah Syria,mee bandung Syria dan lain-lain dimana jualan ini dibuat melalui program-program yang diadakan sepanjang kempen ini dijalankan dan juga jualan melalui kelas-kelas bagi setiap tahun tidak kira sama ada perubatan mahupun farmasi.Selain itu, jualan  cenderahati, pakaian terpakai serta sumbangan ikhlas daripada individu-individu  tertentu dan kutipan mega juga menjadi sumbangan terbesar sepanjang minggu ini.

Jumlah kutipan yang berjaya terkumpul adalah sebanyak  4,000.10 Le, Rm 4.10 dan 1 Riyal dan kira-kira 45 plastik berisi pakaian-pekaian terpakai yang disumbangkan. Sumbangan ini telah disalurkan dengan bantuan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :

.مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

” Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah – meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah, derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Semoga bantuan yang sedikit daripada mahasiswa dan mahasiswi Zagazig dapat meringankan beban rakyat-rakyat Syria walaupun jasad kita tidak dapat bersama dalam perjuangan mereka .

syria

 

‘OUR UMMAH, OUR CONCERN’

Disediakan oleh,
Fatin Naemah Bt Mohd Arshad
Setiausaha dan Bendahari
PERUBATAN for Peace & Care (PEACE)
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

Tinggalkan komen anda