Home > Arkib > PEACE FOR SYRIA : Syria , Bumi Berdarah !

PEACE FOR SYRIA : Syria , Bumi Berdarah !

PEACE singkatan bagi PERUBATAN for Peace & Care (dahulunya dikenali AQSA PERUBATAN) adalah suatu unit yang ditubuhkan dibawah Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan serta Biro Kebajikan untuk mengendali segala isu yang melanda umat islam sedunia.

Bertemakan ”Our Ummah, Our Concern” objektif PEACE adalah untuk memberi informasi terkini dan menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran ahli PERUBATAN untuk cakna tentang segala yang melanda umat Islam di seluruh dunia.

Selari dengan pelancaran PEACE, pihak Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan juga akan mula melancarkan Kempen PEACE for Syria yang akan bermula pada 23hb Mac 2012 dan berakhir pada 30hb Mac 2013.

Kempen ini bersempena memperingati 2 tahun sejak revolusi kebangkitan rakyat Syria iaitu pada tahun 2011. Sepanjang dua tahun ini dunia telah menyaksikan ribuan rakyat Syria telah menjadi mangsa kekejaman pemerintah mereka.

Justeru, kempen ini dilancarkan sebagai salah satu langkah menunjukkan kebersamaan kami warga Malaysia, khususnya mahasiswa sains kesihatan Malaysia di Mesir bersama rakyat Syria. Sepanjang kempen ini, tabung ”PEACE for Syria” akan diedarkan di setiap PERUBATAN Cawangan yang akan dikendalikan oleh Biro Kebajikan/Ahli Jawatankuasa PEACE Cawangan. Selain itu sesi kutipan barang-barang terpakai untuk disumbangkan kepada rakyat Syria juga akan diadakan di setiap cawangan.

”Our Ummah, Our Concern “

Tinggalkan komen anda