Home > Menu > Berita > Jualan Amal Dan Pameran Unit Kami Prihatin

Jualan Amal Dan Pameran Unit Kami Prihatin

ZAGAZIG –  23 FEBRUARI, Unit Kami Prihatin dibawah kelolaan Unit Kebajikan PCZ  telah mengadakan jualan amal dan pameran bersempena dengan Majlis Graduasi pelajar perubatan yang julung- julung kalinya diadakan di bumi kuda putih ini.

KP 1

Jualan ini diadakan dengan tujuan untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada rakyat di bumi Palestin, Rohingya dan Syria bagi meringankan bebanan mereka. Kehidupan umat Islam di sana amatlah daif disebabkan oleh peperangan yang berlarutan itu telah memusnahkan banyak harta benda, serta nyawa.

Pihak Unit Kami Prihatin telah mengambil beberapa langkah untuk memberi kesedaran kepada setiap mahasiswa Zagazig dengan mengadakan pameran mengenai ketiga tiga negara ini. Pameran yang diadakan bertujuan memberi  kefahaman yang jelas  tentang sejarah, kronologi peristiwa, pemimpin yang  syahid serta  masalah yang dihadapi oleh Palestin, Rohingya dan Syria.

Malahan pihak Unit Kami Prihatin juga telah mengadakan jualan amal dengan menyediakan beberapa menu makanan, jualan bookmark, cenderahati, request gift kepada hadirin yang hadir pada majlis graduasi ini. Selain itu Unit Kami Prihatin juga telah menjemput 2 penulis  khat jemputan dari Universiti Al-Azhar Kaherah dan Universiti Al-Azhar Cawangan  Shoubra untuk memeriahkan lagi suasana. Permintaan yang tinggi dan respon yang positif dapat diperolehi  dari peserta tentang khidmat khat ini. 

Daripada Sayyidina Anas Radiallahu ‘Anhu, Nabi Muhammad SAW bersabda, ” Tidak akan beriman seorangpun dalam kalangan kamu semua (secara sempurna) sehinggalah dia menyanyangi saudaranya seperti dia manyanyangi dirinya sendiri. ” ( Hadis riwayat Bukhari). Semoga dengan segala usaha yang kita lakukan ini dapat meringankan beban saudara kita di sana.

“ Fighting For Freedom ”

 

Disediakan oleh :

Fatin Naemah Binti Mohd Arshad
Setiausaha Unit Kami Prihatin,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/2013.

Tinggalkan komen anda