Home > Menu > Karya > Artikel > Isu Keselamatan ~ Caknakah kita?

Isu Keselamatan ~ Caknakah kita?

Capture

Kes kecurian dan pecah rumah yang berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia di bumi Zagazig berada dalam tahap yang agak membimbangkan.Pelbagai taktik yang digunakan dalam memperdaya pelajar Malaysia seperti menyamar sebagai pencuci tangga.Kelekaan yang sedikit seringkali membawa kepada penyesalan yang tiada berkesudahan.Justeru,kesedaran dalam diri pelajar harus dipertingkatkan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Antara langkah-langkah yang boleh  dilakukan oleh para pelajar adalah:

  • Pastikan pintu rumah sentiasa bertutup rapat dan berkunci walaupun hanya berkunjung ke rumah jiran satu imarah
  • Kuatkuasakan penggunaan kunci berantai.
  • Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana warga arab tempatan yang meminta untuk masuk ke rumah dengan alasan sebagai pencuci atau penyelenggara.
  • Pastikan mushrif ada bersama jika ada mana-mana arab yang masuk ke rumah untuk urusan penyelenggaraan atau pemasangan gas.
  • Tutup pintu,tingkap dan pastikan selak berada dalam keadaan yang baik sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama.
  • Jika terdapat orang yang mencurigakan di kawasan imarah anda,segera maklumkan kepada pihak PCZ(JAKSI/AJKT)

KEROHANIAN

Sebagai seorang muslim yang mempercayai kehebatan kekuatan dalaman dan kerohanian dalam aspek penjagaan keselamatan diri dan rumah,ada beberapa ayat yang boleh dibaca.
Hakikatnya,perlindungan untuk keselamatan diri itu datangnya daripada ALLAH.Segalanya terkandung di dalam AL QURAN.Diantara ayat yang boleh diamalkan adalah ayat daripada surah al Baqarah dan Yassin.Amalkan sentiasa,hidupkan roh islamiah di rumah kita,maka pasti kita terpelihara dalam lindunganNYA.

        Akhir kata,tanggungjawab menjaga keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama.Jangan pula “Sudah terhantuk baru tergadah”.Hidup berkomuniti,sama-samalah kita menjaga keselamatan rumah kerana berada di tempat asing,bukan seperti berada di negara sendiri.Sama-sama berwaspada,tingkatkan penjagaan keselamatan,hidup dalam keadaan aman.

Disediakan Oleh
Unit PERUMAHAN PCZ 2012/2013

Tinggalkan komen anda