Home > Menu > Karya > Artikel > Panduan Bermusafir

Panduan Bermusafir

Definisi Musafir

Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tertentu melebihi 2 marhalah dengan tujuan kebaikan dan memberi manfaat.

Dalil

قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian bedasarkan peraturan-peraturan Allah tetapkan, oleh itu mengembaralah kamu dimuka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) [Surah Al-Imran : 137]

Adab-Adab Sebelum Musafir

  1. Tujuan yang baik. Niat bermusafir ke tempat-tempat yang baik dan berniat baik.camel_caravan_crossing_the_libyan_desert
  2. Solat sunat 2 rakaat. Nabi Muhammad SAW berpesan perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada keluarganya sebelum musafir adalah solat sunat dua rakaat.
  3. Hari Khamis bukan hari Jumaat. Sunat bermusafir hari Khamis. Nabi SAW tidak menggalakkan bermusafir hari Jumaat kerana akan menyebabkan tertinggal solat Jumaat.
  4. Musafir pada waktu malam. Nabi SAW juga menggalakkan bermusafir pada malam hari kerana lazimnya perjalanan pada waktu malam lebih mudah dan cuaca pun nyaman. Perjalanan menjadi singkat seperti pesanan Baginda, “Bermusafirlah pada malam hari kerana ia memendekan perjalanan”.

Adab-adab Ketika Musafir

  1. Banyakkan berdoa dan memohon doa. Doa orang yg bermusafir adalah tergolong dalam golongan yang dimakbulkan doa.
  2. Banyakkan takbir dan tasbih. Ketika kenderaan menaiki bukit, melalui tempat tinggi atau ketika kapal terbang berlepas sunat menyebut ‘Allahu Akbar’ beberapa kali

Keringanan Bagi Para Musafir

  1. Solat Qasar iaitu memendekkan solat fardu 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
  2. Solat Jamak iaitu menggabungkan antara 2 solat contohnya solat Zohor digabungkan dengan solat Asar dan dilaksanakan pada waktu Zohor sahaja.
  3. Harus solat sunat di atas kenderaan. Kiblat bagi solat ini mengikut arah yang dituju.
  4. Harus meninggalkan solat Jumaat. Mestilah bermusafir sebelum terbit fajar untuk seseorang itu dibenarkan meninggalkan solat Jumaat. 

Hukum permusafiran bagi wanita

1. Bermusafir yang diwajibkan

Musafir yg diwajibkan seperti menunaikan Fardhu Haji. Sebahagian ulama menyatakan jihad dan menuntut ilmu juga dikira sebagai musafir wajib.    

Pendapat-pendapat ulama :

a. Imam Hanafi – Perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram tidak wajib perempuan tersebut menunaikan haji.

b. Imam Malik – Tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dipercayai bahkan disyaratkan aman baginya. Adalah makruh bagi bagi seorang wanita bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.

c. Imam As-Syafie – Tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dipercayai kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.

plane

2.  Bermusafir yang disunatkan

Contohnya umrah sunat, ziarah-menziarahi, urusan perniagaan dan sebagainya.

Pendapat ulama:

a. Jumhur ulama menegaskan tidak harus kecuali bersama suami atau mahram berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

b. Segolongan ulama menyatakan harus seorang wanita keluar bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

3. Bermusafir yang diharuskan

Contohnya melancong ke sesebuah tempat. Musafir harus dalam dua keadaan :

  1. Secara berkumpulan sama ada ditemani oleh wanita yang dipercayai atau suaminya.
  2. Musafir seorang diri.

Pendapat ulama:

a. Syeikh Mutawalli Sya’rawi -“Apabila keamanan terjamin melalui mana-mana cara atau wasilah, tidak dihalang bagi seorang perempuan untuk bermusafir sekalipun seorang diri terutama dizaman ini, di mana sistem pengangkutan amat menyelesakan serta wujud cirri-ciri keselamatan ke atas maruah dan adab kesopanan seorang perempuan.”

b. Dr.Yusuf al-Qardhawi membolehkan perempuan bermusafir tanpa mahram atau  suami jika terjamin keamanannya.

4. Bermusafir yang haram(kerana diganggu)

Sebuah hadis bertaraf marfu’ daripada Abu Hurairah, maksudnya: “Haram  bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat bermusafir satu hari satu malam dalam keadaan tidak ada mahram bersamanya.” 

Pendapat ulama

  1. Sebahagian ulama bepegang pada zahir hadis dengan meletakkan hukum haram bermusafir tanpa mahram sekalipun untuk menunaikan haji.
  2. Sebahagiannya pula mengecualikan wanita tua yang tiada syahwat seperti pendapat Al-Qadhi Abi al-Walid al-Yaji yang bermazhab Maliki. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Daqiq al-‘Id, asalkan wanita tua tersebut menjaga syarat-syarat kebiasaan bagi wanita.
  3. Ibnu Muflih dalam bukunya Al-Furu’ berpendapat wanita bahawa wanita yang aman di tengah jalan boleh menunaikan haji tanpa mahram. Ini dikhususkan bagi permusafiran yang wajib. Pendapat ini diambil oleh al-Karabasi daripada Imam Syafie dalam bab haji sunat.                                                                 

 

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/2013.

Tinggalkan komen anda