Home > Menu > Karya > Artikel > Pandangan Si Mata Hati

Pandangan Si Mata Hati

Apabila sifat keakuan semakin menebal dalam diri, itulah tanda-tanda awal perpecahan akan berlaku. Masing-masing terlalu mengikut perasaan diri lalu menimbulkan ayat-ayat

                “ Asyik-asyik aku, dieorang buat apa?”

                “ Eh, aku dah masak takkan aku gak yang basuh. Abis kau ingat aku ni kuli dieorang.”

Kadang-kadang kecewa, geli hati aku melihat mereka yang inginkan kita semua bersatu tapi sayangnya sifat keakuanholding hands masih menjadi konkrit dalam hati masing-masing. Hal inilah yang dikatakan ego, tidak mampu melihat dengan pandangan mata hati yang sebenar. Pepatah Melayu ada mengatakan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Yang peliknya ramai dah menyedari perkara ini tapi masih tak dapat mencapai kata-kata sepakat.

Teringat kisah dalam satu siri peperangan baginda SAW, di mana mereka yang cedera terasa sangat haus. Ada seorang sahabat yang dahaga minta air daripada sahabat yang ada di situ. Sesampainya air ditangannya, sahabat yang haus ini terdengar rintihan sahabat yang lain kehausan. Tanpa minum setitik air, sahabat yang dahaga minta sahabat yang membawa air beri kepada yang lebih memerlukan. Situasi ini berulang-ulang akhirnya mereka mati kehausan. Lihatlah betapa fahamnya mereka tentang firman Allah SWT:

Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.”(Surah al-Hasyar 59:9)

 Dalam keadaan nazak sekalipun, para sahabat masih mengamalkan isi Kalamullah. Apabila kita mengemukakan contoh yang terbaik dari para nabi dan sahabat, ada yang menjawab, “itu nabi, para sahabat dekat ngan nabi. Kita ni manusia biasa je, ada limit.” Terkilan rasa hati mendengar keluhan-keluhan sebegitu. Adakah contoh-contoh itu sudah tak relevan  zaman ini? Bukankah Nabi Muhammad SAW itu contoh ikutan sepanjang zaman? Sepanjang zaman itu maksudnya sesuai bila-bila masa. Jadi mengapa masih ragu-ragu, masih mempersoalkan  diri ini mampu ikut nabi ke tak.

Ingatlah setiap satu keburukan yang kita amalkan, akan berlakulah keburukan yang lain. Begitu juga dengan kebaikan. Setiap satu kebaikan yang kita amalkan, akan bercambahlah kebaikan yang lain. Inilah sunnahtullah, perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sama seperti Fisiology ada kaitan yang bercabang-cabang antara satu sama lain.

Jadi, untuk bersatu bersama-sama buanglah sifat keakuan, rendahkan ego masing-masing. Basahkan lidah dengan zikrullah. Jangan saling berbantah-bantah dalam perkara yang kecil sehingga melupakan objektif yang lebih besar. Kaum-kaum terdahulu hancur disebabkan mereka saling berbantah-bantah. Ittakullah, bertaqwalah kamu kepada Allah.

 

                                                                                                Belajarlah, jangan degil.
Mengajarlah, jangan bakhil

Ibnu Muhammad

Tinggalkan komen anda