Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Unit Tabung Kasih Sayang : Terus Memberi

Unit Tabung Kasih Sayang : Terus Memberi

Bismillah walhamdulillah, Unit Tabung Kasih Sayang atau lebih dikenali sebagai Unit TKS pada sesi 2012 ini dapat bergerak lagi bagi membantu mahasiswa/wi yang memerlukan bantuan.charity

Pada tahun ini, seramai 40 sahabat TKS telah dikenalpasti berdasarkan kriteria-kriteria yang telah disepakati melalui analisis borang kaji selidik yang terdiri daripada 36 orang ahli PERUBATAN dan 4 orang Azhari (bukan ahli).

Skim Sahabat TKS telah mengagihan bantuan Fasa Pertama Sahabat TKS yang telah bergerak bermula pada bulan Mei yang lalu untuk kesemua 40 orang sahabat ini yang melibatkan wang berjumla LE 5550. Pengagihan bantuan untuk Fasa ke-2 Sahabat TKS pula sedang berlangsung, bermula sejak awal Disember baru-baru ini.

Pihak Unit TKS telah menerima sebanyak LE 5500 zakat harta dari Malaysia atas keprihatinan mereka terhadap mahasiswa/wi di Mesir. Seramai 24 orang ahli PERUBATAN dan 3 orang Azhari telah dikenalpasti untuk menerima zakat harta tersebut.24 orang ahli PERUBATAN tersebut terdiri daripada 14 orang pelajar PERUBATAN pengajian Tahun 1 dan 10 orang pelajar PERUBATAN yang terdiri daripada Sahabat TKS.

Skim Pinjaman TKS menerima seramai 13 orang yang telah membuat pinjaman berjumlah       LE 7950. Sebanyak LE 4300 pinjaman telah diselesaikan manakala jumlah wang berbaki yang belum diselesaikan oleh para peminjam berjumlah LE 3650. Antara masalah yang dihadapi oleh para peminjam ialah mempunyai masalah kewangan untuk sara hidup dan masalah kehilangan wang dalam kuantiti yang banyak.

Skim Sumbangan TKS telah memperuntukan sebanyak LE 1350 untuk 4 pasangan yang telah mendapat cahaya mata di sini dan untuk kes kehilangan wang.

Akhirnya, diharapkan Unit TKS akan terus menjadi medium untuk membantu ahli yang memerlukan serta mengeratkan jalinan ukhwah sesama kita. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia yang lain.

 

Nur Shakirah Ruslan,
Timbalan Unit TKS,
Unit Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/2013.

Tinggalkan komen anda