Home > Menu > Karya > Artikel > Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk (II)

Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk (II)

TIPS BAGI MENGELAKKAN DIRI DARIPADA CEPAT LAPAR, TIDAK BERMAYA DAN KURANG TENAGA

• Perbanyakkan minuman manismakan

Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

• Kurangkan makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

• Sarapan pagi yang mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

* Pesanan: buat sahabat-sahabat yang berpuasa sunat (Isnin dan Khamis) digalakkan anda bersahur, terutama musim sejuk yang kian menipiskan daya tenaga di perut anda. Bersahur ada barakahnya. Cubalah.

• Makan sayur-sayuran/ buah-buahan

Khasiat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

• Minum teh (shai) kurang gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

• Minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

• Elak kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi bagi mengelakkan kebosanan, buatlah perkara bermanfaat, seperti membaca, study group, ziarah kawan-kawan, aktiviti persatuan dan lain-lain.

TIPS PENJAGAAN KULIT, RAMBUT DAN BIBIR KETIKA MUSIM SEJUK

a)      Rambut

  • Sapu rambut dengan minyak zaitun sekali atau dua kali seminggu. Minyak zaitun akan mengekalkan kelembapan rambut anda.
  • Jauhkan daripada terlalu kerap mencuci rambut.
  • Pakaian wool seperti topi, skaf dan turtleneck boleh menyebabkan kerosakan pada garis rambut anda.
  • Elak rambut anda terbuka dan tak terurus, kerana angin sejuk merosakkan rambut anda.
  • Hindari penggunaan alat seperti seterika rambut kerana ia boleh menghilangkan kelembapan rambut anda.
  • Biar rambut anda kering secara natural, hindari pengunaan blow dryer.

b)       Kulit

  • Tekstur kulit anda tidak hanya bergantung pada penjagaan luaran, tetapi juga pada pemakanan. Pengambilan gizi yang tepat dapat membantu dalam penjagaan kulit dari dalam.
  • Minum air secukupnya untuk memastikan badan anda terus hydrated.
  • Pastikan buah-buahan dan sayuran terdapat dalam diet harian anda.
  • Minyak zaitun dalam diet anda juga membantu dalam melembutkan kulit anda.
  • Krim pelembab adalah penting dalam musim sejuk. Pakai krim pelembap pada wajah anda sebelum tidur. Gunakan juga body lotion pada kulit anda.
  • Tambahkan beberapa titis minyak zaitun ke air yang anda gunakan untuk mandi. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan hilang ketika mandi.
  • Elakkan penggunaan air yang sangat panas dan sangat sejuk ketika mandi, kerana hal ini boleh menyebabkan kulit anda kering . Mandi dengan air suam. Begitu juga untuk membasuh tangan.
  • Elakkan mandi terlalu kerap. Mandi menghilankan kelembapan. Cukup sekadar sekali sehari. Pendekkan waktu mandi anda.
  • Elakkan mengeringkan kulit anda dengan cara menggosok, sebaliknya lap kulit anda dengan lembut.
  • Gunakan oil-based moisturizer, seperti minyak kelapa(coconut oil) dan zaitun(olive oil).
  • Elakkan pengunaan sabun berlebihan. Sabun menyebabkan kulit anda makin kering. Gunakan sabun pelembab yang mengandungi glycerin.

c)        Bibir

  • Petroleum jelly yang baik adalah efektif dalam melindungi bibir anda terhadap cuaca dingin.
  • Mentega juga berkesan dalam menyembuhkan bibir pecah-pecah dan membuat kelembutan tambahan.
  • Dapatkan lip balm dari farmasi yang berdekatan.
  • Banyakkan minum air masak.
  • Selain itu madu dan minyak zaitun juga merupakan bahan-bahan atau ramuan yang plaing sesuai dan paling efektif jika kita menggunakannya di bahagian bibir kita.

Selamat mengamalkan tip-tip ini. Semoga dengan tip-tip ini dapat membantu sahabat semua di musim sejuk ini.

Disediakan Oleh :

Health and Beauty Service Unit
‘WITTY WOMAN IS A TREASURE, A WITTY BEAUTY IS A POWER’

Unit Kebajikan PCZ 2012/13.
‘WITH CARING, LET’S SPREAD THE LOVE’

2 comments

  1. Tips yg amat bemanfaat!syukran share 🙂

Tinggalkan komen anda