Home > Menu > Berita > Tautan Kerjasama Yang Mantap Menjana Kesejahteraan Ahli

Tautan Kerjasama Yang Mantap Menjana Kesejahteraan Ahli

Bagaikan irama dan lagu,tugas Unit perumahan dalam pengendalian permasalahan rumah yang dihadapi ahli cukup sebati dan sinonim sekali dan mampu menzahirkan sebuah biah di Zagazig yang cukup harmoni dari aspek tolong menolong,bekerjasama dan sebagainya.

Beberapa gerak kerja utama yang sering dilakukan oleh Unit Perumahan pada setiap sesi adalah seperti menguruskan perpindahan ahli,membantu membaiki kerosakan,menekankan aspek keselamatan berkaitan rumah dan juga turut terlibat membantu unit-unit PCZ yang lain dalam apa jua gerak kerja yang berkaitan perumahan.

Tahun 2012 semakin menghampiri penghujungnya,namun kerancakan Unit Perumahan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap ahli tetap diteruskan.Sepanjang November  dan Disember,terdapat ramai sekali ahli terutama dalam kalangan akhawat yang berpindah rumah,samada yang berlaku dalam kamsis sendiri atau berpindah ke kamsis yang lain.Bagi akhwat,petempatan mereka masih lagi di 6 kamsis ini iaitu Mauquf Mudgham(MTA),Salam Sadnawi,Kafr Zind,Qaumiyah,Salam MasyaAllah dan juga Gamaah tetapi bagi ikhwah,selain kamsis ini,sudah ada yang ditempatkan di Murur.Walaubagaimanapun,Salam Sadnawi tetap mengungguli carta kamsis utama pilihan untuk petempatan ahli.Sesuatu yang istimewa bagi kamsis Salam kerana pusat ilmunya berada di sini(Dewan Darul Wehdah)yang saban minggu ada kelas-kelas agama.

Pertambahan ahli yang berlaku membuatkan petempatan pelajar juga meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan sudah pasti graf pertambahan gerak kerja unit Perumahan juga meningkat,namun hal ini tidak menjadi bebanan bagi Unit Perumahan yang sentiasa bersedia membantu ahli.Bagi ahli yang berpindah,mereka telah dibantu dari aspek pengangkutan barang dan jika ada yang meminta bantuan untuk urusan berkaitan akad dengan tuan rumah,kami turut turun padang.

Dalam kalangan ahli tahun satu,adik-adik  ini telah dibantu dalam urusan pembelian katil,barangan eletrik seperti mesin basuh dan sakhonah serta ditekankan kepada mereka aspek keselamatan rumah,memandangkan mereka masih baru di bumi Mesir ini.Selain itu,Unit Perumahan turut terlibat dalam membantu menguruskan internet ahli terutama tahun satu.Bagi ahli yang kehabisan gas di rumah,ada diantara mereka yang meminta bantuan Unit Perumahan untuk sama-sama membantu menahan ambubah dan setakat ini,Unit Perumahan ada membantu dari segi menguruskan mushrif untuk memantau arab memasang ambubah bagi menjaga keselamatan ahli.

Dalam bulan November dan Disember ini juga,memandangkan musim sejuk sudah menjelma,maka Sakhonah menjadi keperluan ahli yang utama.Maka,Unit Perumahan turut terlibat memasang sakhonah di rumah ahli ataupun membaiki sakhonah yang rosak.Dalam hal baiki membaiki,Ketua Unit Perumahan telah dibantu oleh beberapa AJK ikhwah.

13-12

Walaupun gerak kerja Unit Perumahan tidaklah seberapa,namun kami berpuas hati andai ahli mampu untuk menjalani kehidupan yang selesa.Apa yang menyebabkan Unit Perumahan mampu untuk terus membantu ahli adalah kerana dibelakang kami,ada ahli yang juga setia membantu membuatkan kerjasama ini bagaikan aur dengan tebing yang boleh kita katakan sebagai tautan ukhuwwah yang begitu manis.”Rumah Selesa,Ibadah Terjaga”,inilah apa yang kami cuba bawakan untuk ahli sama-sama menghayati.

Disediakan oleh,

Siti Aisyah Bt Md Radzi,
Setiausaha Unit Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/2013

Tinggalkan komen anda