Home > Menu > Karya > Artikel > Sekalung Rantaian Doa Kuhadiahkan Buatmu

Sekalung Rantaian Doa Kuhadiahkan Buatmu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…….

SEKALUNG RANTAIAN DOA KUHADIAHKAN BUATMU….ANAK-ANAK PALESTINAKU….

Angin lalu membawa berita
Kisah saudara kita semua
Di sana mereka menanggung derita
Di sini kita bergelak ketawa

Gaza merintih malam dan siang
Bumi dijajah sang petualang
Kemanusiaan semakin menghilang
Tangisan bertamu di hati nan walang

Tangis suara mencari cahaya
Jasad diseksa maruah dihina
Zionis galak menghunus senjata
Dunia diam tidak berkata

Awan kelam menutup pelangi
Si tabah berlari mencari mentari
Tangis mengalir menyapa pipi
Mengenang nasib di esok hari

Di mana bonda,di mana ayahanda
Si kecil buntu mencari kelurga
Belum puas tempat bermanja
Rupanya di syurga bakal bersua

Zahirnya jasad tidak sempurna
Di bawah runtuhan pusaranya ia
Walau diri menanggung sengsara
Namun akidah kekal sempurna

Bumi memandang penuh sayu
Tua dan muda bernada sendu
Hilang anak,keluarga dan cucu
Pada ALLAH tempat mengadu

Darah bersimbah bukan hiasan
Menjadi saksi harapan impian
Baitulmaqdis pasti dalam genggaman
Direbut dari musuh petualang

Syahid as syahidah gelaran impian
Berserta tekad ke syurga idaman
Mereka sudah bergandingan tangan
Ayuh kita mengambil giliran

Di mana pula usaha kita
Tika saudara diacu senjata
Adakah sudah dikirim doa
Atau cuma menggeleng sahaja

Mereka berjihad melawan sekutu
Kita berjihad melawan nafsu
Walau bukan di medan yang satu
Keredhaan ALLAH itu yang dituju

Doa sudah boikot pun bermula
Harapan supaya gencatan senjata
Namun semangat bermusim cuma
Bila reda kembali lena

Benar sabda kekasih terulung
Akhir zaman ujian menggunung
Pabila wahan manjadi agung
Deritalah jiwa ummah menanggung

01.27a.m
22/11/2012
Zagazig

 

[KELAB BAHASA UNIT SUKAN DAN AKTIVITI LUAR 2012]

Tinggalkan komen anda