Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi: Penangguhan Program PERUBATAN

Kenyataan Rasmi: Penangguhan Program PERUBATAN

post logo (jpg)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah dan segala puji dipanjatkan kehadhrat Ilahi atas dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam yang dikurniakan secara percuma kepada kita sehingga ke hari ini. Seterusnya marilah kita bersama-sama perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dalam usaha mendapatkan syafaat dari baginda di hari akhirat kelak.

PILIHANRAYA BAKAL MELABUHKAN TIRAI

Ketika ini, proses pengundian dalam pilihanraya bagi setiap cawangan telah pun berakhir dan proses pengiraan undi sedang giat dijalankan di setiap pusat pengundian. Tanggal 22 Disember 2012, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) akan mengeluarkan senarai nama pemenang pilihanraya yang akan menjalankan amanah dalam memegang tampuk pentadbiran diperingkat Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) mahupun PERUBATAN cawangan (PC).

PENANGGUHAN PROGRAM SEMPENA PEPERIKSAAN

Setelah sibuk berkempen selama hampir sebulan, kebanyakan ahli PERUBATAN kini bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menguji kemampuan pelajar-pelajar dalam persediaan menjadi seorang doktor yang kompeten kelak.

Sejajar dengan itu, pihak PERUBATAN telah menetapkan tarikh penangguhan program-program PERUBATAN seperti berikut:

Universiti Kaherah:
22 Disember 2012

Universiti Ain Shams:
22 Disember 2012

Universiti Al-Azhar:
22 Disember 2012

Universiti Zagaziq:
22 Disember 2012

Universiti Tanta:
23 Disember 2012

Universiti Mansurah:
23 Disember 2012

UNIVERSITI ISKANDARIAH

Bagi Universiti Iskandariah, tarikh penangguhan masih belum dapat ditetapkan lagi memandangkan pihak Universiti masih belum mengeluarkan tarikh peperiksaan yang rasmi. Jadi maklumat berkenaan tarikh penangguhan bagi ahli di Iskandariah akan dimaklumkan oleh pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

PENGECUALIAN

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa program yang akan tetap dijalankan selepas daripada tarikh penangguhan ini dan selepas mendapat kelulusan daripada pihak Ahli Jawatankuasa (AJKT) dan Panitia Perancang PERUBATAN.

Akhirnya, pihak PERUBATAN mengaharapkan ahli dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini dan seterusnya mejadi pembakar motivasi untuk terus cemerlang di masa hadapan kelak.

Sekian.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
 
Contact
Abd Rahim bin Samad
Timbalan Presiden I
PERUBATAN 2012/2013
Contact
Aisyah Zahirah Binti Sukeri
Timbalan Presiden II,
PERUBATAN 2012/2013

Tinggalkan komen anda