Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Setiausaha > Borang Keluar Mesir Cuti Musim Dingin 2013

Borang Keluar Mesir Cuti Musim Dingin 2013

Assalamulaikum.

Semoga semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig berada dalam keadaan sihat dan di bawah rahmat Allah hendaknya.

Sepertimana yang kita telah sedia maklum, cuti musim sejuk akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kebiasaannya, terdapat ramai ahli PCZ yang akan melancong ke luar Mesir atau pulang ke Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/13 ingin mengumpul maklumat ahli yang akan keluar Mesir pada cuti nanti. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyimpanan maklumat pergerakan ahli jika berlaku sebarang masalah keselamatan di Mesir.

Oleh yang demikian, kami berharap agar ahli PCZ yang bercadang untuk keluar Mesir pada musim cuti nanti supaya mengisi borang dibawah. Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Setiausaha PCZ 2012/13 | Mohd Syahmi Amir bin Md Razali
Timb. Setiausaha PCZ 2012/13 | Nur Zahidah binti Hosman

 

_____________________________________________________________________________________________

Tinggalkan komen anda