Home > Menu > Karya > Artikel > Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk

Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk

Musim sejuk merupakan musim yang selalu ditunggu-tunggu terutamanya pelajar Mesir kerana musim panasnya yang terlalu panas dan kering. Tapi bila tiba musim sejuk, pelbagai masalah pula yang timbul terutamanya bila masuk bab kesihatan badan.

Terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan sepanjang menghadapi musim sejuk ini, antaranya  :

TIPS MENGHADAPI MUSIM SEJUK

  • Amalkan minum minuman yang panas seperti teh panas, hot chocolate dan kopi panas.
  • Mandi guna air suam, elakkan mandi berulang kali dan terlalu lama terutama pada waktu malam.
  • Pastikan tubuh dilap dengan kering sebelum keluar dari bilik air.
  • Pakai pakaian yang tebal dan selesa, musim sejuk adalah masa yang terbaik untuk menggayakan fesyen musim sejuk kamu.
  • Rajin basuh tangan untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.
  • Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan di samping kulit jadi lebih cantik dan segar. Pengambilan supplement seperti Vitacid @ pil habbatussauda juga digalakkan.
  • Tingkatkan pengambilan  makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan carbohydrate / kanji (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.
  • Jadikan air (sebaik-baiknya air suam) sebagai ‘bestfriend’ anda, ke mana sahaja pergi kena bawa ‘bestfriend’ ni untuk merembeskan toksin dan mengekalkan suhu badan.
  • Jika terlalu sejuk, pastikan kain/mafla anda melindungi/menutupi rongga seperti telinga,mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan.
  • Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.
  • Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.
  • Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immuniti badan. Kurangkan pengambilan ubat-ubatan dan kafein. Ubat-ubatan dan perangsang tiruan boleh menyebabkan tekanan pada sistem imun dan boleh melemahkan pertahanan imun semula jadi dari masa ke masa.
  • KECEMASAN – rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (bertukar menjadi biru/sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.

TIPS MELEGAKAN DEMAM, SELSEMA, BATUK DAN SAKIT TEKAK SEMASA PERTUKARAN MUSIM

Selsema

  • Ramuan yang paling berkesan untuk hindari selsema adalah air limau. Ambil secawan air suam, perahkan limau. Tambahkan sesudu kecil madu untuk lebih efektif.
  • Efek antiseptic di dalam bawang putih menjadikan ia salah satu ramuan yang berkesan untuk merawat selsema. Pengambilan sup bawang putih merupakan cara terbaik untuk merawat selsema.
  • Halia juga salah satu bahan untuk merawat selsema. Rebus halia yang sudah dipotong kecil di dalam air, masukkan sedikit gula dan minum air rebusan tersebut. Juga, rendam tuala kecil atau sapu tangan di dalam air rebusan dan biarkan selama 5 minit.Perahkan tuala dan tekapkan pada permukaan lubang hidung dan sekitar mulut. Tekapkan dan pada masa yang sama tarik nafas panjang-panjang.
  • Antara ubat-ubatan yang merawat selsema terdapat di Mesir adalah Actifed, Zyrtec, Nasostop, Rhinex, Nasotal, Nazocrom dan seumpamanya.

Demam

  • Sediakan teh panas bersama setengah sudu kecil halba. Ia memberi efek menenangkan dan mencairkan mucus yang terkumpul di dada.
  • Individu yang diserang demam juga digalakkan untuk tingkatkan pengambilan oren. Ia meningkatkan tenaga dalam badan dan juga meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Ambil 1 sudu kecil madu dan masukkan beberapa titik jus limau dan air halia. Campuran ini efektif untuk merawat demam.
  • Antara ubat demam yang terdapat di Mesir adalah Panadol, Paracetamol, Abimol, Aspirin, Analgex, Mefenam, Ibuflam dan paling baik adalah makan tablet vit C yang terdapat di farmasi.

Batuk dan sakit tekak

  • Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam kemudian barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.
  • Ambil biji halba, rendamkan dalam air suam. Tapis dan kumur air tersebut, atau; kumur air suam yang dibancuh bersama garam untuk merawat sakit tekak.
  • Reneh segelas cawan air. Masukkan 3-4 tangkai bunga cengkih, secubit serbuk lada dan 1 sudu kecil madu. Minum ramuan ini sekali sehari setiap pagi untuk merawat sakit tekak.
  • Juga ramuan air suam, madu dan jus lemon efektif untuk sakit tekak.
  • Tingkatkan pengambilan bawang putih untuk melegakan batuk.
  • Campurkan lada putih bersama madu asli, makan 2-3 kali sehari selama 4-5 hari bagi melegakan batuk.
  • Antara ubat batuk yang terdapat di Mesir adalah Actifed expectorant syrup, Bronchistal syrup, Sedaline syrup, Osinex syp., Neo coldal Syrup dan sebagainya. Manakala ubat sakit tekak yang boleh didapati adalah Bradoral, Strepsils, Stripsore, Candy cherry dan sebagainya.

Artikel disediakan oleh,

Nurfarahin Azzuanie Bt Awang Tangah & Siti Hajar Bt Muhamad Bakri
Health & Beauty Service,
Unit Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

One comment

  1. Minta izin untuk share.terima kasih:)

Tinggalkan komen anda