Home > Menu > Karya > Artikel > Pelajar Malaysia menjadi sasaran kes-kes jenayah..??

Pelajar Malaysia menjadi sasaran kes-kes jenayah..??

Pelajar Malaysia menjadi sasaran kes-kes jenayah..??

Malang tidak berbau, maka sediakan payung sebelum hujan. Sejak kebelakangan ini, kita kerap kali dikejutkan dengan

*gambar hiasan

kes-kes keselamatan yang melibatkan mahasiswa/wi Malaysia seolah-olah kita telah mula menjadi sasaran beberapa jenis kes jenayah di Mesir seperti pecah rumah, kecurian, ragut dan sebagainya.

Sebagai ahli perubatan yang tinggal dalam satu komuniti, harus bagi kita untuk mengetahui kes-kes yang terjadi disekeliling kita agar dapat dijadikan sebagai peringatan dan meningkatkan sifat cakna kita terhadap sahabat sahabiah yang lain.

Kes-kes yang terbaru :-

  1. Siti Muslihah Mohd Nor (tahun 2 perubatan) – Passport + hard disc + telefon bimbit (kecurian disurau gamaah)
  2. Sara Nabila bt Azmi (tahun 4 perubatan) – Laptop (pecah rumah)
  3. Nur Athirah Jasni (tahun 4 perubatan) – i-pad + i-phone + kad bank + passport ( pecah rumah)
  4. Nur Izzati Shahariman (tahun 4 perubatan) – laptop + telefon bimbit (pecah rumah)
  5. Nur ‘Ainul Yaqin Jamal (tahun 1 farmasi) – 100USD + LE200 (beg ditoreh di jambatan kafer zend)
  6. Ikhwah (tahun 1 farmasi) – LE4000 (hilang dalam tremco)

Siapa yang perlu dirujuk sekiranya berlaku kes-kes kecemasan..??

  • Unit Kebajikan PCZ

Ketua : Marwan bin Muhammad ( 0114-7160027)
Timbalan :  Ain Bahori ( 0111-6052797)

  • Senior-senior yang boleh membantu
  • Penasihat keselamatan PCZ

Muhammad Shobri Yaacob (0114-9999655)

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira :-

  • Jangan membawa wang yang banyak jika tidak perlu, Sekiranya perlu, pastikan berteman dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
  • Jangan membawa atau kerap menayang sebarang peralatan elektronik yang canggih di luar seperti iPad, komputer riba dan sebagainya. Dibimbangi anda akan menjadi perhatian atau dijadikan sebagai sasaran.
  • Pastikan anda (terutamanya akhawat) tidak keluar di siang hari secara bersendirian, pastikan anda sentiasa berteman seorang ataupun dua.
  • Pastikan pintu rumah dan tingkap dalam keadaan yang elok, berfungsi dengan baik dan sentiasa berkunci.
  • Jangan sewenang-wenangnya membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Sekiranya orang arab mempunyai urusan di rumah, sila maklumkan kepada mana-mana musyrif. Jangan membiarkan orang arab memasuki rumah anda tanpa musyrif.
  • Sekiranya anda menjadi mangsa, jangan berdiam diri. Gamatkan suasana agar anda menjadi tumpuan dengan menjerit “ sa’iduni..! ” – tolong aku..! atau “haromi”-pencuri.  Laporkan segera kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan segera.

Disediakan oleh :

Unit Derma Kilat,
Unit Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

Tinggalkan komen anda