Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Kenyataan Rasmi: Kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza

Kenyataan Rasmi: Kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza

logo perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bahang kehangatan CHAMPS `12 baru saja melabuhkan tirai dengan penuh warna-warni di Istad berhadapan DMAK. Manakala umat Islam seluruh dunia baru sahaja usai menyambut Maal Hijrah 1434 H. Tidak ketinggalan ahli PERUBATAN yang sedang sibuk membuat persiapan mengulangkaji pelajaran tatkala musim peperiksaan yang semakin hampir.

Namun begitu, sedarkah kita bahawa di luar sana terutama di bumi suci Palestin saudara seakidah kita sedang ditindas, dibunuh, dan dicabul hak kemanusiaan mereka oleh tentera Zionis laknat Allah atas mereka. Ketika mana situasi di Syria, Rohingya dan negara Islam lain yang ditindas masih belum menemui titik penyelesaian, Bumi Palestin kembali berdarah.

Sesungguhnya orang yang beriman dengan sebenarnya adalah orang yang bertimbang rasa terhadap saudaranya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, adalah ibarat sebatang tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu sakit, maka seluruh anggota yang lain sama-sama akan merasa demamnya dan berjaga malam. ” (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru itu, pihak AQSA PERUBATAN bawah naungan Biro/Unit Kebajikan PERUBATAN bakal melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza yang akan diedarkan di setiap kelas selama seminggu . Kutipan ini bakal dijalankan bermula 20/11/2012 sehingga 26/11/12, secara serentak di kelima-lima negeri di Mesir yang menempatkan ahli-ahli PERUBATAN iaitu di Kaherah, Mansurah, Iskandariah, Tanta dan Zagaziq. Diharapkan agar sama-sama kita hulurkan bantuan semampu boleh bagi menampung keperluan saudara kita di sana.

Moga-moga doa dan sumbangan kecil kita ini diterima Allah SWT dan menjadi saksi pengakuan bagi kita di Hari Akhirat kelak bahawa kita telah memainkan peranan kita dalam membantu saudara se-Islam kita yang lain. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil Unit AQSA PERUBATAN di cawangan masing-masing:

Kaherah (Pusat)
IMRAN BIN BUKHARI : 01116944142
MOHD AFHAM BIN MOHD ARIF : 01147832374

Zagazig (PCZ)
MOHD ZULFADZLI BIN YAMIN : 01146246164
SOFIEYAH BINTI MOHAMMAD ISHAK : 01145523548

Tanta (PCT)
MOHAMAD SOFIAN BIN MOHD GHAZALI : 01116856003
WAN NUR SYAHIRAH BINTI WAN RAHIMI : 01112202190

Mansurah (PCM)
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZUBIR ALBAKRI : 01149050134
NURUL IZZATI BINTI ABDULLAH ZAYAWI : 0114 3351066

Iskandariah (PCI)
MUHAMAD SADDAM JAMALUDIN : 01119872130
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SABBRI : 01115342492

Sekian, wassalam.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

faizmujahid

Muhammad Faiz Mujahid bin Mohd Safiee
Ketua Biro Kebajikan
PERUBATAN 2012/2013

nihaltarmizi

Nihal binti Mohd Tarmizi
Timbalan Ketua Biro Kebajikan
PERUBATAN 2012/2013

Sumber : http://perubatan.org/v3/kenyataan/158-rasmi/2325-kenyataan-rasmi-kutipan-tabung-kemanusiaan-gaza

Tinggalkan komen anda