Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Sistem Wakaf SAHARA 1433 H

Sistem Wakaf SAHARA 1433 H

Sempena Program Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 H (SAHARA 1433 H) pada sesi ini, kami memperkenalan Sistem Wakaf SAHARA 1433 H kepada seluruh mahasiswa/wi di Zagazig untuk menjadikan Aidiladha sebagai salah satu wadah untuk kita menzahirkan kesyukuran dan kehambaan kepada Allah S.W.T dengan melakukan ibadah korban.

Namun, bagi mereka yang belum punyai peluang untuk terlibat dalam mengambil bahagian di dalam ibadah korban, sumbangan wang tunai anda amatlah bermakna bagi membantu melicinkan lagi perjalanan majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433H (SAHARA 1433 H) anjuran PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Maksud Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 254: “Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.”

1. Apakah itu Sistem Wakaf SAHARA 1433 H?

i. Satu sistem di mana para ahli PERUBATAN dapat menghulurkan sumbangan melalui sistem tajaan sempena sambutan Aidiladha yang bakal menjelang walaupun bukan melalui binatang sembelihan.

ii. Mahasiswa/wi diberi peluang untuk menyumbang dalam bentuk wang tunai iaitu dengan menaja sebahagian daripada kos perbelanjaan sambutan perayaan pada tahun ini terutama semasa jamuan Aidiladha.i

iii. Terdapat 120 unit tajaan yang diperuntukkan bagi melaksanakan sistem ini. Mahasiswa/wi tidak dihadkan untuk menaja 1 unit seorang. Bahkan, mahasiswa/wi boleh berkongsi 1 unit bersamaan dengan 10 atau 20 orang. Atau, bagi mereka yang berhasrat untuk menaja lebih dari 1 unit amatlah dialu-alukan.

2. Mekanisme Pelaksanaan

a. Target jumlah tajaan secara keseluruhan melalui Sistem Wakaf= LE 10,000
b. Jumlah bilangan unit tajaan yang diperuntukkan= 120 Unit

  1. 10 Unit bernilai LE 200
  2. 50 Unit bernilai LE 100
  3. 60 Unit bernilai LE 50

c. Sasaran penaja adalah dalam kalangan mahasiswa PERUBATAN; yang diklasifikasikan seperti berikut:

  1. Dikhususkan hanya kepada mahasiswa/wi tahun 2-6
    **Namun, mahasiswa/wi tahun 1 juga digalakkan sekiranya ada yang ingin menaja
  2. Terbuka kepada semua tahun pengajian dan tiada pengkhususan bagi setiap tahun

d. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi wakil-wakil berikut:

  • Umar Izudin bin Mhd Ramli : +20114-6456618
  • Ahmad Takiyuddin bin Saad: +20114-1662812
  • Shakirah bt Mohd Ruslan : +20114-9645156
  • Khalilah bt Sapawi : +20111-9870687

Maksud firman Allah dalam surah Al-Haj Ayat 37: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.”

Jangan berlengah lagi, berlumbalah kalian dalam melakukan perkara kebaikan ! Semoga amal kebajikan yang kita lakukan ini memberatkan timbangan kita di masyhar kelak insya-Allah.

Disediakan oleh:

Umar Izudin bin Mhd Ramli
Pengarah SAHARA 1433 H
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

2 comments

  1. assalam..
    maaf menyibuk..
    yg header ahlan 12 atas tu mmg kena ada lg ke??
    x boleh ke letak yg SAHARA punye..
    promote habis habisan katanya..

Tinggalkan komen anda