Home > Menu > Berita > Perpindahan Ahli, Ukhuwah Dikecapi

Perpindahan Ahli, Ukhuwah Dikecapi

Bulan September dan Oktober menyaksikan banyak perpindahan ahli yang berlaku samada dari kamsis yang berlainan atau yang di dalam kamsis itu sendiri. Tambahan pula kebanyakan ahli baru pulang dari cuti musim panas jadi masa yang ada diperuntukkan untuk menguruskan segala aspek berkaitan rumah dan sebagainya dan ini juga memberikan ruang kepada Unit Perumahan PCZ untuk terus berbakti dalam membantu perpindahan ahli.

Kamsis Salam mejadi kamsis utama tumpuan ahli untuk berpindah. Hal ini mungkin  kerana faktor-faktor penarik seperti berdekatan dengan kedai runcit, pengangkutan yang mudah dan sebagainya membuatkan populasi penduduk di kawasan Salam semakin bercambah dan ini menambahkan lagi kemeriahan kamsis ini dengan pertambahan pelajar Malaysia menjadikan kamsis ini tidak ubah seperti perkampungan melayu yang kecil.

Perpindahan yang berlaku sepanjang September ini melibatkan perpindahan secara individu atau semua ahli rumah. Sepanjang tempoh ini, tenaga ikhwah dan akhawat dalam kalangan ahli jawatankuasa Unit Perumahan sendiri dan juga ahli yang yang sanggup turun mencurahkan bakti saling berganding bahu membantu mengangkat barang dan membantu apa yang patut.

Bermula pada awal September, perpindahan yang berlaku melibatkan kawasan Salam adalah Imarah Baba Yasser, Imarah Hijau, Imarah Ritaj, Imarah Farmasi dan juga Imarah Sawah manakala dari kamsis MTA adalah dari Imarah Baba Hafiz. Tidak terkecuali, marah belakang Hyundai dari kamsis Salam MasyaAllah.

Selain itu, dalam kerancakan aktiviti perpindahan yang berlaku dalam kalangan senior, kedatangan adik-adik baru ke bumi Zagazig ini juga semakin menambahkan lagi seri tautan ukhuwwah yang sedia ada apabila adik-adik ini turut dibantu dari segi petempatan, pengangkutan barang-barang ke rumah baru dan sebagainya. Dalam menguruskan perumahan tahun satu, Unit Perumahan menjalankan kerjasama dengan pihak AHLAN.

Pada awal minggu Oktober pula, berlaku perpindahan kecil akhawat dari Imarah Hijau ke Imarah Farmasi. Barang yang tidak begitu banyak membuatkan perpindahan tersebut hanya dibantu oleh ajk akhawat sahaja. Seterusnya, dalam bulan Oktober ini juga berlaku perpindahan dari Imarah Masjid Ibad ke Imarah Baba Hafiz.

Walaupun tenaga banyak dikerahkan, namun peluh ajk dan sukarelawan terlibat yang mengalir dingin seakan mengerti betapa pertolongan yang dihulurkan sepanjang perpindahan ini bakal membuahkan bonus yang begitu berharga buat mereka di akhirat kelak. Jelas dan nyata, ukhuwwah yang manis dapat dikecapi sepanjang perpindahan ahli  ini dan Unit Perumahan 2012 juga akan terus bersedia setiap masa, mendepakan tangan selebarnya untuk terus membantu ahli.

Disediakan oleh

Siti Aishah Bt Md.Radzi
Setiausaha Unit Perumahan PCZ 2012

Tinggalkan komen anda