Home > Menu > Berita > Lawatan ringkas pegawai JPA dan presiden PERUBATAN ke hospital

Lawatan ringkas pegawai JPA dan presiden PERUBATAN ke hospital

ZAGAZIG – 18 Oktober 2012, Encik Muhammad Zikril Azan bin Abdullah, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Mesir dan Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi, Presiden PERUBATAN telah berkesempatan membuat satu lawatan ringkas menemui pelajar yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Zagazig iaitu Saudara Wan Za’imu Nazmeer bin Wan Abu Bakar, pelajar tahun 4 kuliah perubatan. Lawatan selama setengah jam itu ditemani bersama oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ), Saudara Abd. Hakim bin Mohd Suhimin serta Timbalan Pengerusi 1, Saudara Naim bin Sarfaraz Ahmad.

Encik Muhammad Zikril Azan dan Saudara Wan Ahmad Hafizi hadir ke Zagazig masing-masing bagi mewakili dan memberi penerangan berkenaan JPA dan PERUBATAN dalam Program Penutup AHLAN ( AHLAN Closing Ceremony) yang berlangsung di Dewan Persidangan, Hospital Pembedahan, Universiti Zagazig, iaitu bangunan yang sama yang menempatkan Saudara Wan Zaimu Nazmeer.

Saudara Wan Zaimu Nazmeer telah dimasukkan ke hospital sejak 10 Oktober yang lalu bagi menjalani pembedahan lutut kanannya. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan pada 15 Oktober dan beliau dibenarkan keluar pada 21 Oktober 2012.

Dalam pertemuan selama setengah jam itu, Encik Muhammad Zikril Azan dan Saudara Wan Ahmad Hafizi telah memberikan kata-kata semangat kepada Saudara Wan Zaimu Nazmeer agar terus kuat dalam menempuh proses-proses penyembuhan yang akan mengambil masa selama enam bulan dan berharap agar beliau tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar walaupun terpaksa terlantar di rumah.

 

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD RAZALI
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

 

Tinggalkan komen anda