Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kenyataan Rasmi : ‘Smart Circle’ Bermula Kembali

Kenyataan Rasmi : ‘Smart Circle’ Bermula Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian langit dan bumi dan yang tanpa henti mencurahkan rahmat kepada hamba-hambanya,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W diatas perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah dakwah hinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Alhamdulillah, pada sesi ini kita masih lagi diberikan peluang untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu bagi mencapai cita-cita sebagai pengamal perubatan muslim.Oleh itu, jati diri sebagai bakal pengamal perubatan muslim perlu dibentuk dalam kalangan mahasiswa pada hari ini. Pembentukan jati diri mahasiswa pada hari ini merupakan suatu keperluan yang  mampu disempurnakan dengan mengikuti sesi pentarbiyyahan melalui medium Usrah atau Smart Circle.

 Justeru diperingkat Mentor Council (MC) PERUBATAN Cawangan Zagazig telah menetapkan 3 November 2012 sebagai tarikh bermulanya Smart Circle secara rasmi. Oleh yang demikian, besar harapan kami supaya seluruh mahasiswa mampu memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan matlamat pembentukan jati diri muslim dalam kalangan mahasiswa perubatan dan farmasi khususnya di Zagazig.

Akhir kalam,saya menyeru ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig agar memanfaatkan Smart Circle sebagai medan untuk membina jati diri muslim yang sebenar, serta mengambil peluang untuk melonjakkan semangat ukhuwwah bersama-sama dengan ahli SC kalian secara khususnya, dan bersama dengan semua ahli-ahli PCZ yang lain secara amnya.

Sekian, wassalam

“Profesional Dai’e, Generasi Rabbani”

“AT-TAKWA, AS-SYIFA, AR-RAHMAH”

ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI

 

MOHAMAD NASA’I BIN AB AZAIS

Ketua Unit Mentor Council,
Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Tinggalkan komen anda