Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi Seminar Farmasi (PharMed ’12)

Kenyataan Rasmi Seminar Farmasi (PharMed ’12)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

 

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT dengan limpahan DUA nikmat yang paling besar dalam hidup kita iaitu nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam kita ungkapkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu sekalian manusia yang sentiasa menyayangi umatnya, pemberi syafaat pada hari Akhirat kelak. Alhamdulillah, permulaan kuliah sesi 2012/13 telah pun bermulasebulan yang lalu dan pada hari ini bumi Zagazig telah dibanjiri oleh mahasiswa mahasiswi Sains Kesihatan walaupun disana terdapat lagi sebahagian sahabat-sahabiah kita yang masih berada di tanah air. Walaupun begitu, semoga seluruh mahasiswa mahasiswi sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Sukacita dimaklumkan bahawa insyaAllah PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) akanmenganjurkan sebuah program berbentuk seminar iaitu Zagazig Pharmedic Seminar 2012 (PharMed ’12). Idea asal program ini adalah daripada beberapa orang ahli yang berfikir dan merasa terpanggil untuk mengutarakan cadangan penganjuran seminar ini kepada PCZ. Perkembangan semasa dilihat berhajatkan kepada pendedahan awal berkenaan dengan bidang yang diceburi khususnya bidang Farmasi dan Perubatan.

Oleh itu, antara objektif Seminar PharMed ’12 adalah:

        I.            Memberi kefahaman dan pendedahan yang jelas kepada ahli dalam bidang kerjaya masing-masing.

      II.            Menambah soft skills mahasiswa/wi sebagai persediaan awal sebelum bekerjaya.

    III.            Membentuk masyarakat yang berpengetahuan yang bukan hanya tertumpu di kuliah sahaja.

    IV.            Menimbulkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa/wi tentang kepentingan serta cabaran yang perlu ditempuhi dalam bidang yang diceburi.

Berikut merupakan butiran maklumat PharMed’12:

  • Tarikh                  : 15 & 16 November 2012
  • Hari                        : Khamis dan Jumaat
  • Tempat                : Dewan Muktamar Kubra &Dewan Pembedahan, UniversitiZagazig.
  • Sasaran                : Ahli PERUBATAN jurusan Farmasi dan Perubatan seluruh Mesir.

 

*tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.

Justeru, ungkapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang member cadangan dan idea awal penganjuran program ini. Ini merupakan salah satu contoh yang baik selaku mahasiswa yang berdaya saing dan sentiasa berfikir untuk kepentingan bersama.Diharapkan semoga program ini mendapat sokongan yang padu daripada semua ahli agar objektif yang dicadangkan dapat diadaptasikan dengan jayanya, insyaAllah.

Akhir kalam, semoga bermula tempoh ini dapat kita menetapkankan diri dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang hamba Allah dengan mendekatkan diripada Pencipta Yang Maha Agung. SALAM MUJAHADAH MENGHADAPI IMTIHAN khususnya kepada mahasiswa mahasisiwi Perubatan tahun akhir daripada Barisan AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.Siiru’alaBarakatillah.

 

 

 

 

 

NAIM BIN SARFARAZ AHMAD
Timbalan Pengerusi 1,
Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) 2012

Tinggalkan komen anda