Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kenyataan Rasmi Penubuhan Mentor Council

Kenyataan Rasmi Penubuhan Mentor Council

Bismillahirrahmanirrahim…

Daripada Saydina ‘Anas R.A beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

‘’Tidak akan sempurna keimanan seorang daripada kalangan kamu semua sehinggalah daku menjadi orang yang paling dikasihnya terhadap ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.’’ (Riwayat  Bukhari)

Assalamualaikum wbt.

Smart Circle (SC) merupakan salah satu sistem pentarbiyyahan yang bertujuan membina keperibadian muslim yang soleh dan muslih. Selain itu, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W untuk memberi kefahaman Islam yang sebenar. Barang siapa yang mengaku cintakan Rasulullah S.A.W. dia hendaklah mengamalkan sunnah baginda.

Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan bibir dan linangan air mata kerinduan, namun kecintaan kepada baginda tidak akan sempurna selagi mana ia tidak menjadikan kehidupan hariannya adalah bertepatan dengan ketetapan dan arahan Islam kerana dia sangat menyedari bahawa ketidakpatuhannya terhadap arahan Allah SWT dan RasulNYA akan menyebabkan cintanya terhadap Rasulullah S.A.W akan ditolak dan akan menjadi sia-sia.

Oleh itu Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2012 telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mentor Council Unit sejajar dengan seruan tersebut bagi mengurus, merancang segala pergerakan Smart Circle di peringkat PERUBATAN Cawangan Zagazig khususnya dan bertanggungjawab dalam memantau perjalanan pada masa akan datang amnya. Oleh itu, ahli jawatankuasa tadbir PCZ Sesi 2012 telah bersetuju untuk melantik Saudara Mohamad Nasa’i Bin Ab Azais sebagai Ketua Unit Mentor Council pertama dan dibantu oleh Saudari Siti Hanisah Binti Tuan Stia sebagai Timbalan Ketua Unit Mentor Council.

Antara objektif mewujudkan Mentor Council ini adalah :

  1. Menjadikan smart circle sebagai medium tarbiah paling berkesan dikalangan ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).
  2. Medium ukhuwah dikalangan pelajar jurusan sains kesihatan.
  3. Menanamkan dan meningkatkan kefahaman Islam yang syumul dalam kalangan mahasiswa/wi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).
  4. Memperkasakan suasana biah solehah dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).
  5. Memperkasa sistem pentarbiyahan mahasiswa/wi PERUBATAN Zagazig.
  6. Meningkatkan integriti, kualiti dan prestasi mahasiswa/wi di peringkat Zagazig.
  7. Membina generasi pemimpin mahasiswa/wi yang mantap dari sudut aqidah, penghayatan dan penghayatan syariah dan berakhlak mulia.

Semoga dengan tertubuhnya unit ini menjadi jambatan kepada pemerkasaan Smart Circle di bumi Zagazig ke arah menjadikan mahasiswa/i yang cemerlang dunia dan akhirat. Bertepatan dengan moto Unit Pembangunan Insan bagi melahirkan “Profesional Da’ie Generasi Rabbani” kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Sekian, Wallahua’lam

“Profesional Dai’e, Generasi Rabbani”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUWAN BERBAKTI TEGUH SEHATI”

Yang benar,

MUHAMMAD FARHAN BIN AHMAT MURTZA

Ketua,
Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2012

Tinggalkan komen anda