Home > Menu > Berita > ‘Lab Coat’ dan buku teks percuma untuk semua pelajar farmasi

‘Lab Coat’ dan buku teks percuma untuk semua pelajar farmasi

Zagazig, 27 September 2012 – Susulan daripada pertemuan bersama Dekan Fakulti Farmasi Prof. Dr. Abdallah Al-Shanwany dan Koordinator Program Klinikal Farmasi Prof. Dr. Hesham Ezzat Abdel Latef, wakil PCZ ,Muhammad Adib Bin Omar sekali lagi berjumpa dengan dekan fakulti untuk mengesahkan beberapa perkara yang dipersetujui tempoh hari terutamanya berkaitan buku teks dan lab coat. Alhamdulillah, usaha tersebut menampakkan hasil apabila dekan menyatakan kesediaan di peringkat fakulti untuk menyediakan lab coat kepada semua pelajar tahun 1 sehingga tahun 4 secepat yang mungkin.

Prof. Dr. Abdallah Al-Shanwany, Dekan Fakulti Farmasi juga mengulas mengenai buku teks percuma di mana pihak fakulti bersetuju untuk memberi keutamaan kepada buku praktikal berbanding buku kuliah. Menurut beliau lagi, pihak mereka tiada masalah untuk mengagihkan buku teks kuliah seandainya ada lebihan stok.

Semoga keberhasilan ini mampu menaikkan lagi semangat para pelajar terutamanya pelajar farmasi dalam bidang akademik. Pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig akan terus berusaha dalam menyediakan kemudahan-kemudahan yang difikirkan wajar seiring dengan pembawakan PERUBATAN itu sendiri dalam mengutamakan akademik dan kebajikan ahli.

Disediakan oleh:

Muhammad Adib bin Omar
Ketua Unit Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

Tinggalkan komen anda