Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pangkuan AJKT PCZ Sesi 2012

Pangkuan AJKT PCZ Sesi 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) yang telah & akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula ke Mesir bagi menyambung tugasannya seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang Ke Mesir Pemangku
Timbalan Pengerusi 1 Naim Sarfaraz Ahmad 3 Ogos 4 September Fatmatul Zahrah Mat Zin
Setiausaha Agung Nur Zahidah Hosman 12 Ogos 29 Ogos Mohd Syahmi Amir Razali
Unit Kebajikan Marwan Muhammad Sudah Pulang 20 Ogos Mohd Zakhiruddin A. Bakar
Unit Kebajikan Nor Ain Bahori 12 Ogos 15 September Siti Amirah Yusuf
Unit Pembangunan Insan Siti Amirah Yusuf Sudah Pulang 10 Ogos Nik Mahabbah Khairiah Nik Din
Unit Penerbitan dan Penerangan Nurul Farhana Zainudin Sudah Pulang 27 Ogos Muhammad Adib Omar

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Naim Sarfaraz Ahmad

Timbalan Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2012

Tinggalkan komen anda