Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > Mengalu-alukan Bakal Mahasiswa/wi 2012/13 ke Group Facebook PCZ

Mengalu-alukan Bakal Mahasiswa/wi 2012/13 ke Group Facebook PCZ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… 

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih dipanjangkan umur untuk sampai di fasa pertengahan Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Didoakan semoga kita semua masih terus istiqamah dengan amalan-amalan sunat di fatrah bulan yang mulia ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW serta ahli bait baginda dan para sahabat.

Akhir-akhir ini, berikutan kemasukan bakal pelajar-pelajar baru ke laman Facebook Group PCZ, justeru seluruh warga PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) mengalu-alukan penyertaan bakal pelajar-pelajar baru Sains Kesihatan (jurusan Perubatan dan Farmasi) ke laman “Facebook Group” PCZ. Semoga laman ini dapat membantu kalian sebagai medium pertanyaan dan perkongsian maklumat antara kita dan menjadi wasilah komunikasi yang baik antara bakal pelajar-pelajar baru dan pelajar-pelajar sedia ada.

InsyaAllah, kami di pihak PCZ akan berusaha untuk menyediakan maklumat-maklumat penting yang diperlukan oleh bakal pelajar baru sebagai persediaan untuk datang ke Mesir. Buat bakal pelajar-pelajar baru, disarankan agar sentiasa merujuk group tersebut untuk sebarang maklumat-maklumat yang bakal dikongsikan nanti.

Akhirnya semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa hingga ke akhir bulan Ramadhan nanti, insyaAllah. 

Siiru ‘ala barakatillah

“Ilmuan Berbakti Teguh Sehati”
At-taqwa, Asy-syifa’, Ar-rahmah

Tinggalkan komen anda