Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Cara Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara (S.S.L.N)

Cara Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara (S.S.L.N)

Cara Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara (S.S.L.N) /

Non Objection Certificate (N.O.C)

Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.

Cara-cara untuk memohon SSLN :

  1. Perlu mengenal pasti terlebih dahulu pencapaian akademik yang diperoleh sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara dan memohon secara bertulis untuk mendapatkan SSLN daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Tinggi.
  2. Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tempat pengajian di IPT luar negara.
  3. Setelah memperoleh tempat pengajian, permohonan untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang KP/SSLN/2013 ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia))

Dokumen – dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan:SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lain lain yang berkaitan hendaklah disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua kampung.

  1. 1 salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  2. 1 salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia yang telah disahkan.
  3. 1 salinan surat tawaran kemasukan ke IPT luar negara yang telah disahkan.
  4. 1 keping gambar warna berukuran pasport pemohonan (sila lekatkan pada muka hadapan si sudut kanan borang KPT/SSLN/2013/A).

SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lain lain yang berkaitan hendaklah

disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua kampung.

SSLN tidak dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan bagi pembiayaan pembelajaran tetapi SSLN berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa.

Tujuan syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan bagi menjamin kualiti pendidikan yang dapat membekalkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi meningkatkanproduktiviti ke arah negara maju.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan SSLN ialah :SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar.

  1. Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM.
  2. Mempunyai surat tawaran pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian yang sah daripada IPT luar negara.
  3. Mempunyai sokongan pembiayaan kewangan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh pengajian.
  4. Mempunyai penjaga yang ada pertalian keluarga dengan pelajar jika pelajar di bawah umur.

SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar.

SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian.

SSLN tidak semestinya diperoleh oleh pemohon walaupun mempunyai surat tawaran pengajian daripada IPT luar kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), bukannya negara luar

PERSEPSI YANG SALAH TERHADAP N.O.C

Kesalahan :
Pengeluaran N.O.C adalah untuk tujuan permohonan sebarang loan pendidikan atautajaan.

Sebenarnya :
SSLN/NOC tidak dikeluarkan untuk tujuan permohonan tajaan atau sebarang loan pendidikan.Tujuan permohonan adalah hanya untuk dokumen sokongan yang penting sepanjang pengajian di luar negara dan diperlukan untuk mendapatkan visa.

Kesalahan :
SSLN/NOC akan dikeluarkan selagi mana pemohon memiliki surat permohonan kemasukan ke universiti luar Negara.

Sebenarnya :
Tidak ada jaminan 100% jika seseorang pemohon akan mendapatkan N.O.C /SSLN walaupun mereka memiliki surat tawaran kemasukan ke universiti luar negara.Ini disebabkan seseorang pemohon mestilah memenuhi kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia, bukannya penetapan-penetapan dari negara luar.

Jika selepas permohonan dalam jangka masa tertentu masih tidak diberikan respon setelah penghantaran borang yang lengkap ke alamat ini diatas ,diminta para pelajar membuat rujukan kembali dan mengemas kini status permohonan di Putrajaya. Boleh dibuat pada cuti musim panas nanti atau menghubungi saudara mara untuk berurusan dengan pegawai di Jabatan Pengajian Tinggi ,Putrajaya.

 Klik di sini untuk muat turun borang lengkap.

BORANGSSLN2013

Disediakan oleh,

Setiausaha,
Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013.

4 comments

  1. lee chong siong

    My son start his foundation in one of the recognized college located in Cheras in Jan 13, which suppose to complete by Dec 13. Now he was offered a place to study dentistry in Universiti Gadjah Mada, Indonesia. He needs to report to UGM in Sep 13. But the college will release the foundation result in Dec 13. Can this result valid to apply for the NOC from Kementerian?

    Appreciate for your prompt reply.

    Regards

    CS Lee

    • Pihak kami ini hanya persatuan pelajar sains kesihatan di zagazig,mesir.Pihak kami kurang arif mengenai perkara ini jika tidak melibatkan urusan pelajar di mesir.untuk maklumat lanjut sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia.Maaf tidak dapat membantu.Terima kasih

  2. Dr Surina Ismail

    Anak saya kini sedang belajar dalam tahun ketiga (Perubatan) di Australian National University. Dia dikehendaki oleh JPA untuk mengemukakan NOC sebagai satu syarat program Skim Pinjaman Yuran Luar Negeri.

    Masa sungguh singkat. Apa cadangan pihak Tuan/Puan untuk mendapati NOC inin

    • Dr.Surina,kami adalah persatuan mahasiswa sains kesihatan (PERUBATAN) cawangan Zagazig,Mesir.Cadangan kami,puan berhubung sendiri dengan JPA untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.Terima kasih .

Tinggalkan komen anda