Home > Direktori > Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke Mesir dalam Perubatan

Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke Mesir dalam Perubatan

Alhamdulillah, tahun demi tahun, kecemerlangan demi kecemerlangan telah dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Jabatan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk. [hide-this-part morelink=”↓”]

  1. Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
  2. Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
  3. Permohonan melalui Yayasan Kerajaan Negeri.

Adalah diperingatkan supaya:

  • Semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Sijil Sokongan Luar Negara tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang tidak memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Kementerian Pengajian Tinggi tidak melantik mana-mana agen penempatan pelajar untuk menguruskan kemasukan pelajar ke Timur Tengah terutama sekali di Mesir.
  • Pelajar haruslah melepasi syarat minumun yang telah ditetapkan oleh Education Malaysia Egypt.

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

PERMOHONAN PERSENDIRIAN TERUS KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

[hide-this-part morelink=”Senarai Borang, Kelayakan Minimum Dan Cara Mengisinya”]

1) Muat turun Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir: http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/borang_kpt_mesir_2012.pdf

2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut;

    1. Borang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/SSLN.pdf
    2. Borang Permohonan Surat Tiada Halangan Mengikuti Pengajian di Luar Negarahttp://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/clearence%20letter.pdf 

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”SURAT TIADA HALANGAN (Clearence Letter)”]

Surat tiada Halangan (Clearence Letter (CL)) adalah untuk pelajar yang hendak melanjutkan pengajian ke luar negara tetapi belum mendapatkan tempat di IPT tersebut. Kementerian Pengajian Tinggi akan mengeluarkan CL kepada pelajar yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (SSLN)”]

1. Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.

2. Cara-cara untuk memohon SSLN:

    1. Perlu mengenal pasti terlebih dahulu pencapaian akademik yang diperoleh sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara dan memohon secara bertulis untuk mendapatkan SSLN daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Tinggi.
    2. Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tempat pengajian di IPT luar negara.
    3. Setelah memperoleh tempat pengajian, permohonan untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang KP/SSLN/2012 ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia))

Dokumen – dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan:

    1. 1 salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
    2. 1 salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia yang telah disahkan.
    3. 1 salinan surat tawaran kemasukan ke IPT luar negara yang telah disahkan.
    4. 1 keping gambar warna berukuran pasport pemohonan (sila lekatkan pada muka hadapan si sudut kanan borang KPT/SSLN/2012/A).

3. SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lainlain yang berkaitan hendaklah disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua kampung.

4. SSLN tidak dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan bagi pembiayaan pembelajaran tetapi SSLN berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa.

5. Tujuan syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan bagi menjamin kualiti pendidikan yang dapat membekalkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti ke arah negara maju.

6. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan SSLN ialah:

    1. Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM.
    2. Mempunyai surat tawaran pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian yang sah daripada IPT luar negara.
    3. Mempunyai sokongan pembiayaan kewangan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh pengajian.
    4. Mempunyai penjaga yang ada pertalian keluarga dengan pelajar jika pelajar di bawah umur.

7. SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar.

8. SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian.

9. SSLN tidak semestinya diperoleh oleh pemohon walaupun mempunyai surat tawaran pengajian daripada IPT luar kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), bukannya negara luar.

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR”]

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu:

    • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011) dalam (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
    • Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    • Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.Tarikh tutup permohonan: 1 Jun 2012

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

    1. Dua salinan borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2012 (Borang permohonan dan pendaftaran Pelajar ke Universiti Mesir).
    2. Satu Cabutan Sijil Lahir Asal (Cabutan Sijil Lahir boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara/Negeri).
    3. Satu Terjemahan Cabutan Sijil Lahir Asal dalm Bahasa Arab.
    4. Satu terjemahan SPM dalam Bahasa Arab.
      Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di alamat berikut;
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
No Tel : 03-4149 7210
No Faks : 03-4149 1535

 

Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut;

 

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8887 4159
No. Faks : 03-8889 2923
  1. Empat salinan terjemahan Cabutan Sijil Lahir Asal yang telah disahkan.
  2. Empat salinan terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang telah disahkan.
  3. Lima salinan Cabutan Sijil lahir Asal telah yang disahkan.
  4. Dua salinan Sijil SPM yang disahkan.
  5. Dua salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
  6. Tujuh keping gambar berukuran passport.
  7. Empat salinan passport Malaysia yang disahkan.
  8. Bank Draf atas nama Director, Education Malaysia Egypt dengan jumlah berikut;Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60.
    • Universiti Al-Azhar: USD 65.00
    • Universiti Zaqaziq, Alex, Cairo, Mansurah, Ain Sham, Tanta: USD 40.00
  9. Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60

Perhatian: Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/Ahli Dewan Undangan Negeri/Pesuruhjaya Sumpah/Pengetua/Guru Besar/Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu.

3. Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 1 JUN 2012 di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

PERMOHONAN MELALUI YAYASAN KERAJAAN NEGERI

Bagi tajaan Yayasan Negeri, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. [hide-this-part morelink=”↓”] Ketiga-ketiga borang KPT di atas iaitu;

  1. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir
  2. Borang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
  3. Borang Permohonan Surat Tiada Halangan Mengikuti Pengajian di Luar Negara

juga adalah penting untuk diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

03-8870 6611 – Mohd Zahiruddin
03-8870 6627 – Mohd Amir Syafizi
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Yahya

[hide-this-part morelink=”↑”] [/hide-this-part]

Bagi mengenali apa itu PERUBATAN, adik-adik boleh layari http://perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org.

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh:
Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)


Semakan 8 April 2012

Tinggalkan komen anda