Home > Menu > Karya > Artikel > Isu Wanita : PMS dan Stress

Isu Wanita : PMS dan Stress

APA ITU PMS ?

PMS ni sebenarnya Premenstrual Syndrome.

Lebih tepat lagi merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom ni biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

TAHUKAH ANDA?

  • Caffeine  buat PMS lagi teruk…….
  • Bersenam dapat elakkan mood swings
  • Kita hilang 80ml darah/cecair dalam badan semasa menses,jadi masa ni kena minum banyak air masak ye….
  • Mineral sodium yang ada dalam garam, meningkatkan kadar ‘fluid retention’ di mana keadaan ni akan menyebabkan rasa ‘bengkak’ pada payudara.

CARA NAK HILANGKAN SENGGUGUT……

  • Minum teh pahit tanpa gula masa senggugut tengah memuncak…
  • Minum susu panas yang direndam dengan halba,berhenti apabila sedang haid…
  • Madu+2 sudu teh jintan hitam(ditumbuk)+air panas,setiap kali sarapan,berhenti apabila sedang haid
  • Makanan yang ada vitamin B : kekacang,daging,yogurt…

STRESS DENGAN PMS, ADA KAITAN KE?

Kajian Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development menunjukkan PMS wanita pada musim peperiksaan lebih teruk dari bulan-bulan yang biasa.Ini kerana semakin stress seseorang, semakin teruk PMS yang dialaminya.

Kortisol, hormon yang dikeluarkan terutamanya oleh kelenjar adrenal sebagai tindak balas kepada perasaan ketakutan, bahaya atau pun rasa persaingan.

Kortisol yang berlebihan akan dihasilkan dalam keadaan stress dan merangsang perasaan tidak senang dan marah. Kortisol juga dikeluarkan apabila anda memaksa diri anda untuk bekerja sepanjang hari dan keletihan. Fikirkan Kortisol sebagai sistem tenaga sandaran. Seperti bateri yang anda sandarkan elektronik padanya apabila kuasa elektrik padam, anda tidak boleh terus menggunakan mereka untuk memberi kuasa penuh, kerana mereka akan haus dan anda juga akan kehilangan sumber tenaga. Dengan cara yang sama, anda tidak boleh bergantung kepada Kortisol anda dan kelenjar adrenal anda untuk terus membawa anda melepasi had fizikal anda atau akhirnya anda akan mewujudkan organ-organ yang lemah dan keletihan yang kronik.

SIMPTOM PMS…..

  • Perut kembung dan kejang perut
  • Ketegangan atau kebimbangan
  • Masalah tidur(insomnia)
  • Sakit sendi dan otot
  • Pening kepala,lesu
  • Jerawat
  • Perubahan mood (mood swings)

TIPS MENANGANI STRESS DAN PMS

Apabila sindrom sebelum kedatangan haid atau lebih dikenali sebagai Premenstrual syndrome  (PMS) datang, biasanya perubahan emosi dan stress menjadi sulit untuk dikelola dengan baik. Ini kerana kadar hormon mengalami perubahan menjelang haid. Sangat dianjurkan kepada wanita untuk mengawal  stress dan emosi walaupun sedang memasuki fasa PMS. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi mengawal stress dan emosi ketika PMS.

1)      Mendengar potongan ayat-ayat Al-Quran

Sebagai seorang Muslim, kita digalakkan mendengar bacaan-bacaan ayat Al-Quran bagi menenangkan jiwa sekaligus dapat memperbaiki suasana hati yang tidak baik. Dengan melakukan hal ini juga dapat meneutralkan stress dan emosi serta meningkatkan tahap tenaga badan.

2)      Pengurusan waktu tidur dengan lebih baik

Dengan pengurusan waktu tidur yang baik, anda akan dapat menyegarkan tubuh anda serta mencegah dari kepenatan. Ini kerana biasanya wanita akan mengalami kepenatan sewaktu PMS. Tetapi awas! Jangan terlebih waktu tidur kerana anda akan bangun dalam keadaan lebih lesu dan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Waktu yang disyorkan hanya 6 hingga 8 jam.

3)      Berurut

Berurut adalah salah satu cara menenangkan tubuh anda dan mengurangkan lesu-lesu pada otot.

4)      Menenangkan fikiran

Perkara ini merupakan salah satu proses yang penting kerana otak kita mengawal setiap proses dalam tubuh kita. Dengan menenangkan fikiran, kita dapat menghindari  bayangan-bayangan negatif seterusnya dapat meningkatkan tahap tenaga tubuh.

5)      Aromaterapi

Ini sangat berguna bagi wanita yang mengalami PMS kerana dapat menenangkan fikiran serta tubuh wanita. Alternatif aromaterapi juga dapat meredakan sakit kepala, gelisah dan insomnia.

6)      Latihan pernafasan

Nafas ditarik dari abdomen dengan mengempiskan perut dan mulut tertutup, bukan dari dada dengan mengembangkan perut dan mulut terbukan. Latihan pernafasan ini perlu dipraktikkan kerana dengan melakukan pernafasan seperti ini, anda berada dalam kondisi tenang seperti bayi yang sedang tidur.  Dengan ini dapat membuang tenaga negatif dari tubuh dan sekaligus mengurangkan stress.

“Witty Woman Is A Treasure, Witty Beauty Is A Power”

“With Caring, Let’s Spread The Love”

Disediakan oleh :

Shazwanie Azeera Soberi & Siti Hajar Muhamad Bakri

Health & Beauty Unit,
Unit Kebajikan PCZ 2012.

Tinggalkan komen anda