Home > Menu > Karya > Artikel > An-Nakba : Usiran Dari Durjana

An-Nakba : Usiran Dari Durjana

Akhbar pada hari itu terlaris jualannya. Orang ramai masing-masing berpusu-pusu mengarah satu ruang sama. Masing-masing memegang risalah akhbar hari itu. Mahmoud tidak ketinggalan merapati teman-teman, sambil memanjangkan leher dan mengambil tempat atas kerusi. Melihat apa yang terpaku di dada akhbar.

Kami dengan sukacitanya mengumumkan akan penubuhan satu undang-undang yang menjaga hak asasi seluruh warga di sini dan juga warga kami sendiri.” Theodor Hertzl, pengasas Zionis itu senyum dalam alur kesumat, Berjaya sekilas diterjemah dari foto akhbar tersebut.

Cis, apa lagi agenda dia kali ini?!!!” Ahmed Sulaimen, salah seorang yang berada di situ bersuara keras.

Mulai kini, kami memperkenalkan Protokol Zionis yang perlu dipatuhi oleh setiap antara kita. Jika ada siapa engkar, aku harap tiada yang menyesal. Antaranya berusaha mewujudkan tanah Israel atas muka bumi ini. Satu lagi, kami memperkenalkan rancangan 100 Tahun kami. Dalam masa 50 tahun dari sekarang, kami akan merampas negara kamu, dan jadikan ia sebagai Negara Israel. ” Sambung Hertzl lagi.

Ah, apa perlu kita peduli pada mereka itu? Biarkan mereka dengan jadual harian mereka. Asalkan mereka tidak mengganggu kerja kita sudahlah!” Sekumpulan remaja bersuara di satu corok, namun berhampiran dengan sekumpulan pembaca akhbar. Masing-masing berwajah pasrah dan riang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hanya ‘memukul nyamuk-nyamuk saja’.

Mahmoud berjalan pantas ke arah sekumpulan mereka.

Weh, kalau kau nak hidup lama, silakan, tapi jangan cakap macam itu lagi. Kau tahu tak Israel tidak pernah diiktiraf sebagai negara oleh Islam? Sampai kiamat, tidak akan ada negara yang bernama Israel atas muka bumi ini. Jika aku dapati kamu semua bermonolog sebegitu lagi, jantungmu aku duakan!” Mahmoud kehilangan tindakan memendam. Bahasanya laju dituturkan, dan mesejnya berjaya mengecutkan hati sekumpulan pemuda itu.

Manakala 50 tahun lagi kami akan menakluki dunia seantero.” Pembaca akhbar menghabiskan muatan dialog Hertzl.

Saudara-saudara sekalian, dulu kerajaan kita pernah terbilang dengan empayar agung Uthmaniah. Namun 1917 dulu menyaksikan peragut British merobek tanah kita ini. Menjadikan kita hidup tiada arah tuju, anak kita tiada tempat tinggal dan makanan, isteri kita dipermainkannya, bom demi bom hidangkan, pemerkosaan ini hanya dapat diterima oleh si plastik yang tiada nilai pada dirinya.” Mahmoud, seorang berbadan tegap lantas berani mengeluarkan bait-bait menggugah deria para pemuda di kawasan sekitaran.

Sekarang ini Yahudi menganggap ini tanah mereka. Masakan tidak, Warga Eropah dan Rusia dibawa masuk sewenangnya ke dalam negara kita. Si Jeneral Edmund bangsat, secara tiada malu mengaku bahawa tanah Palestin ini tanah mereka. Apa lagi kita tunggu, ayuh kita perangi mereka habis-habisan!!!

Belum usai kalam semangat Mahmoud itu, tiba-tiba dentuman mega bom kedengaran sana sini. Teriakan suara yang sudah menjadi norma warga Palestin kini kembali menghiasi udara.

Apa telah terjadi?”  Wanita-wanita pertengahan umur tercengang.

Nampaknya kumpulan pengganas Yahudi itu manifestasikan dendamnya detik ini.” Jawab Mahmoud.

Siapa pengganas itu?

Mereka adalah puak  Irgun, Haganah, Lehi, Palmach dan Mahal.”

Dua figura berbadan tegap berwajah bengis, lengkap dalam kehijauan  pakaian tentera, muncul dalam pandangan. Siapa yang tidak kenal dengan Abdul Qadir Al-Husayni dan Fawzi Al-Qawuji, ketua sukarelawan pahlawan Palestin yang memimpin gerakan tentera. Mereka datang menyelamatkan sekumpulan penduduk yang bertebaran di kawasan itu. Mahmoud tidak ketinggalan. Telah banyak kali mereka berusaha menumpaskan pengganas Yahudi itu, namun masih belum kesampaian hasrat dan cita.

Merah darah menghiasi bumi Palestin lagi. Seolah tiada siapa peduli, akan nasib penduduk ini. Termasuklah warga arab. Si dara bertukar janda, si ibu bertompokan luka, si anak berteriakan menderita, si bapa pula sudah lama shahidnya.

Wahai warga Palestin yang disayangi sekalian, tanggal 15 Mei 1948 ini, saya David Ben Gurion dengan bangganya mengumumkan akan penubuhan negara Israel atas tanah ini, dan mempersilakan para askar dan tentera untuk menjemput warga di sini untuk keluar dari penempatan ini. Sekian harap maklum. “ Corong radio menjadi medium akan pemerkosaan hak itu.

Apa ini? Membina negara di atas negara? Apa kamu sudah cacat akal? “ Laung rakyat sejati di situ.

Sejak pengumuman itu, bumi itu tidak pernah serik dilanda badai. Onar yang dicipta si puak dendam kesumat. Yahudi Laknatullah. Rakyat Palestin dihalau beramai-ramai. Tiada hati dan jiwa yang mampu mengungkapkan akan kezaliman puak bangsat itu, hanya iman yang bugar akan celik akan hal ini.

Syria, Lubnan dan Jordan menjadi destinasi gantungan rakyat Palestin yang dihalau. Tiada tempat tinggal sepertimana rakyat dunia lain. Di mana salah warga Palestin? Di mana tangan-tangan umat satu agama ini? Masing-masing sengaja mengilas kain pada mata atau menyumbat kapas dalam telinga? Jelas, bahawa ia kayu ukur Tuhan, membezakan mereka yang ikhlas prihatin atau berpura-pura semata.

Di mana warga Arab yang lain?

Masing-masing lena dalam mimpi, mendodoi wang-wang sogokan dan janji manis para Yahudi kepada mereka. Awalnya, mereka bersemangat, namun cinta dunia menyirnakan rasa tanggungjawab itu. Tinggal Palestin keseorangan, tiada tangan dan tiada suara. Mahupun pena!

Dan Mahmoud yang kini berada di era 2012, hanya berkudrat memangku tongkat, sedang jiwanya ingin menyaksikan kebangkitan Islam seterusnya di tangannya sendiri.

(Artikel ini adalah ilustrasi dan gambaran penulis pada peristiwa An-Nakba Palestin 1948. Watak kecil dan huraian jalan cerita hanyalah rekaan, namun kronologi dan watak besar adalah berdasarkan sumber)

Budakskema

Disediakan oleh:

Unit Kami Prihatin,
Unit Kebajikan PCZ 2012

Tinggalkan komen anda