Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Unit Tabung Kasih Sayang : Erti Hidup Pada Memberi

Unit Tabung Kasih Sayang : Erti Hidup Pada Memberi

Unit Tabung Kasih Sayang atau TKS adalah salah satu agenda tahunan Unit Kebajikan dibawah naungan PERUBATAN Pusat. Dengan menggunakan sistem zakat, ahli yang mendapat tajaan disarankan menyumbang sebanyak LE 50 manakala ahli yang belum mempunyai tajaan sebanyak LE 10. Jumlah kutipan yang berjaya dikutip akan dipusatkan daripada seluruh cawangan dan diagihkan kembali ke setiap cawangan mengikut kadar yang diperlukan oleh cawangan masing-masing.

Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan oleh Unit TKS pada sesi 2010/2011 yang lepas ialah LE 6280. Seramai 33 orang yang terdiri daripada 28 orang ahli PERUBATAN dan 5 orang bukan ahli (Azharian) telah dipilih untuk menjadi Sahabat TKS pada sesi lepas berdasarkan kriteria-kriteria yang telah disepakati melalui analisis borang kaji selidik TKS, yang diedarkan pada Mac 2011 yang lepas. Dibawah skim ini, pengagihan sumbangan telah dijalankan mengikut fasa. Untuk sesi  2011, 3 fasa pemberian sumbangan kepada Sahabat TKS telah dirancang. Pada 4 Julai 2011, pemberian sumbangan kepada mereka bagi fasa pertama telah dijalankan yang melibatkan wang berjumlah LE 2380. Pada fasa kedua pemberian sumbangan telah dijalankan yang melibatkan wang sebanyak LE 3990 dan pada fasa ketiga pula sebanyak LE 3100.

Selain itu, skim sumbangan juga turut diperuntukkan untuk ahli-ahli yang mendapat musibah seperti kemalangan, pembaiyaan rawatan kos pembedahan, kematian ahli keluarga dan kecurian. Sehingga kini, seramai 11 orang telah mendapat sumbangan daripada unit TKS yang berjumlah LE 3150.

Skim pinjaman pula adalah untuk ahli yang mempunyai kesulitan kewangan yang memerlukan wang yang banyak dengan kadar segera. Seramai 12 orang telah membuat pinjaman yang berjumlah sebanyak LE 5400. Sebanyak LE 4300 wang pinjaman telah diselesaikan manakala jumlah wang berbaki yang belum diselesaikan oleh para peminjam ialah LE 1100. Antara masalah yang dihadapi oleh para peminjam ialah mempunyai masalah kewangan sara hidup, perlu pulang segera keMalaysiaatas faktor kematian ahli keluarga, masalah kehilangan wang dalam kuantiti yang banyak dan lain-lain.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan kesempitan dunia seorang mu’min, maka Allah akan melapangkan baginya kesempitan pada hari kiamat. Dan barang siapa yang mempermudahkan kesulitan seseorang, maka Allah akan mempermudahkannya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutupi cela seorang muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya tersebut menolong saudaranya.” Hadis riwayat Muslim

Akhirnya, diharapkan unit TKS akan terus menjadi medium untuk membantu ahli yang ditimpa kesulitan serta mengeratkan jalinan ukhwah sesama kita. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan menjadikan kita  mahasiswa yang mengambil cakna terhadap nasib sahabat-sahabat kita yang lain.

Disediakan oleh,

Timbalan Ketua Unit TKS,
Unit Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

Tinggalkan komen anda