Home > Menu > Berita > Syamsudin Farouk mendapat juara dua tahun berturut-turut.

Syamsudin Farouk mendapat juara dua tahun berturut-turut.

20 April 2012-ARMA,Kaherah : Medicophilic Month ’12 (MeM 12) anjuran Biro Akademik PERUBATAN dengan tema “Read for the Future, Lead the World” telah berlangsung di Dewan Malaysia Abasiyyah, Kaherah bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Satu-satunya wakil daripada Zagazig, saudara Syamsuddin bin Faruok, Tahun 4 perubatan dari Universiti Zagazig telah muncul sebagai juara bagi pertandingan menulis artikel dengan tajuk artikel yang cukup menarik, Gender Confusion : Genetical or Hormonal?. Ini merupakan kali kedua beliau memenangi pertandingan yang sama pada tahun lepas. Penilaian dibuat melalui juri dan juga berdasarkan bilangan “like” yang diterima untuk atikel-artikel dalam blog tersebut.

Menurut saudara Syam, beliau sering membaca info-info terkini di dalam artikel atau blog-blog yang membuat beliau mendapat ilham untuk memilih tajuk ini kerana isu ini amat hangat diperkatakan diseluruh dunia pada masa ini. Beliau juga sering kali berbincang dengan rakan-rakan beliau yang mengambil jurusan undang-undang untuk menambahkan lagi maklumat mengenai isu terbabit.

“Tak mau la jadi wakil Zagazig  lagi lepas ni. Ramaikan orang menyertai pertandingan anjuran PERUBATAN atau universiti. Jangan utamakan hadiah. Niat aku masuk sebab paling kurang nak ada wakil dari Universiti Zagazig. Takde niat nk menang pun sebab tahun sebelum ni dah menang. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki murah, menang lagi tahun ni”, kata Syam. Semoga kemenangan saudara Syam tahun ini dapat memberi semangat  kepada semua mahasiswa Zagazig  agar tahun hadapan lebih ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD FADHLI IKHSAN BIN ABDUL RAZAK

Ketua Jabatan Liputan,
Unit Penerbitan dan Penerangan PCZ 2012.

 

Artikel beliau :

Tinggalkan komen anda