Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Laporan Ibrah Auliya’ Ikhwah

Laporan Ibrah Auliya’ Ikhwah

Seramai 28 peserta ikhwah dari jurusan Sains Kesihatan dan Pengajian Islam telah menyertai jaulah Ibrah Aulia pada 25 April 2012 baru-baru ini. Jaulah yang bertemakan “Rest Our Mind, Feel  Their  Spirit” ini telah dianjurkan oleh Unit Sukan dan Aktiviti Luar (USAL) bersempena Exam Fever Campaign (EFC) 2012.

Rombongan bertolak ke Kaherah seawal jam 7 pagi dan tiba ke destinasi pertama, Maqam Sheikh Solah Al Jaafari sekitar  jam 8.30 pagi. Disitu, peserta dipertemukan dengan 2 orang mushrif, Ustaz Shahir dan Ustaz Suhaib. Rombongan turut dibawa menziarahi beberapa maqam wali Allah dan Ahlul Bait di sekitarnya hingga terus singgah ke maqam Saidina Hussin. Selepas itu, rombongan bergerak ke Masjid Azhar As Syarif.

di Masjid Al-Azhar

Seterusnya rombongan bergerak ke Masjid Emas dimana terletaknya Maqam Saidatina Nafisah. Peserta turut berpeluang mengikuti majlis maulid yang kebetulan diadakan pada hari tersebut.

Tepat jam 12 .30 tengahhari, rombongan meneruskan ziarah ke Maqam  Imam Shaf’ie. Peserta menunaikan solat Zohor dan makan tengahhari di situ.

Seusai itu, rombongan bergerak ke Jabal Muqattam untuk menziarahi beberapa maqam termasuk Maqam Imam Hassan Al Banna, Wali Soghir dan Ibnu Atthoilah. Setelah itu, peserta dibawa singgah ke Hadiqah Azhar sebelum ke bergerak menuju ke Abbasiah untuk makan petang di Restoran Cina Muslim. Rombongan bertolak pulang ke Zagazig pada pukul 6 petang.

Jaulah sebegini pastinya menberi manfaat dan meninggalkan kesan yang besar kepada peserta. Diharapkan jaulah sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

di Al-Azhar Park

Disediakan oleh,

MOHD SYAFIQ BIN YAHYA
Setiausah,
Jaulah Ibrah Auliya’,
Unit Sukan Dan Aktiviti Luar PCZ 2012. 

Galeri Ibrah Auliya’ Ikhwah

Tinggalkan komen anda