Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Tabung Emas PSD 2012

Tabung Emas PSD 2012

Bismillah..

Kita semua sedia maklum bahawa dalam tempoh kurang dari lima hari lagi, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) akan menjadi tuan rumah untuk PERUBATAN Sport Day 2012 (PSD’12) yang akan berlangsung di Stadium Universiti Zagazig. Oleh itu, dalam misi kita menyapu bersih kesemua pingat emas pada hari tersebut, latihan yang cukup amatlah diperlukan oleh setiap kontinjen Zagazig. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang timbul berkenaan dengan tempahan stadium untuk latihan para kontinjen.

Pada minggu lepas, pihak PCZ telah pun membuat surat permohon menggunakan stadium secara percuma dari pihak universiti untuk latihan para kontinjen. Walaubagaimanapun, pihak universiti tidak dapat memenuhi permohonan tersebut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan antaranya permintaan daripada pihak kita yang terlalu kerap untuk latihan bagi menghadapi PSD ikhwah dan akhawat yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, setelah dibincangkan, pihak PCZ mencari inisiatif dengan menempah beberapa tempat di dalam stadium iaitu court futsal, court bola keranjang, court bola tampar dan balapan selama dua minggu berturut-turut dengan mendahulukan wang beberapa individu. Jumlah keseluruhan tempahan mencecah  1000LE. Setelah berbincang dengan pihak stadium, mereka bersetuju memberikan diskaun sebanyak 25-30%  sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi 625LE. Namun, tempahan padang rumput untuk latihan pasukan ragbi tidak dapat dibuat lagi kerana harga yang terlampau tinggi iaitu 250LE untuk sejam.

Sebagai tanda sokongan ahli kepada para kontinjen Zagazig, pihak PCZ akan melancarkan tabung emas PSD mulai hari ini di setiap kelas bagi menampung semula duit yg telah dibelanjakan oleh beberapa individu tersebut yang juga merupakan peserta PSD nanti. Oleh itu, besarlah harapan kami andai setiap ahli dapat menyumbang sekurang-kurangnya 2LE. Andai kutipan ini melebihi sasaran, insyaAllah duit tersebut akan digunakan pula untuk tempahan padang bagi latihan pasukan ragbi.

Semoga dengan sumbangan ikhlas daripada setiap ahli dapat memberikan satu suntikan semangat kepada kontinjen Zagazig dalam merealisasikan misi kita pada PSD nanti. Mudah-mudahan, dengan apa yang kita sumbangkan akan mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.

InsyaAllah dengan bantuan antum ini, sikit sebanyak dapat meringankan beban yang menguruskan program yang julung-julung kali diadakan ini.

“Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing”

 “Together We’ll Glorify This Moment”

Yang menjanlankan amanah:

Syakir Husein Bin Sohaimi,
Ketua Unit Sukan Dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

Jadual tempahan padang

Hari Tempahan Pasukan
Ahad (18/3/2012)Isnin (19/3/2012)

Selasa (20/3/2012)

Rabu (21/3/2012)

Khamis (22/3/2012)

 

-Balat A (futsal,bola baling)-Balat B (futsal,bola tampar)

-Gelanggang A (bola jaring)

-Gelanggang B (bola keranjang)

-Balapan

 

Akhawat
Ahad (25/3/2012)Isnin (26/3/2012)

Selasa (27/3/2012)

Rabu (28/3/2012)

Khamis (29/3/2012)

 

-Balat A (futsal)-Balat B (bola tampar)

-Gelanggang A (bola keranjang)

-Balapan

 

Ikhwah
[finder]Layari laman web rasmi PSD http://psd.perubatan.org/ untuk mengetahui maklumat lanjut[/finder]

Tinggalkan komen anda