Home > Menu > Berita > Sesi Temuduga ZMT Ikhwah Meriah

Sesi Temuduga ZMT Ikhwah Meriah

ZAGAZIG – Mac 19, 2012: Zagazig Medical Team (ZMT) yang bakal ditubuhkan mula menapak dengan menjayakan satu sesi temuduga bagi membuka keahlian (lelaki) pada 19 Mac 2012 baru-baru ini. Sesi temuduga yang dijalankan di Pejabat PERUBATAN Cawangan Zagazig ini membuka tirainya dengan ketibaan Saudara Wan Muhammad Faiz Wan Hassan sebagai calon pertama sekitar jam 4.00 petang. 

Selepas kehadiran beliau, pihak ZMT menerima kehadiran beberapa lagi calon yang lain yang tidak putus-putus. Calon-calon diuji dengan beberapa aspek termasuk kefahaman, pemikiran kritis dan cadangan berkaitan Medical Team serta pandangan umum tentang ‘dunia perubatan’.


Proses temuduga tersebut berjalan selama sekitar 10 minit bagi setiap calon. Sesi temuduga ini tamat sekitar 5.40 petang. Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak ZMT selepas ini.

Ketua ZMT, Naim bin Sarfaraz Ahmad berkata, pihaknya mungkin akan membuka sesi kedua bagi calon lelaki sekiranya ada permintaan. Pihak ZMT mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh yang terlibat bagi menjayakan sesi temuduga ini.

Disediakan oleh:

Abdul Muhaimin bin Yahya

Pengarah Fiqh Perubatan,
Zagazig Medical Team (ZMT) 2012,
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).

[finder]Video promo Zagazig Team Medical [/finder]

Tinggalkan komen anda