Home > Menu > Karya > Artikel > Rumah Dan Bilik Tidur Yang Selesa Menjamin Pembelajaran Sempurna

Rumah Dan Bilik Tidur Yang Selesa Menjamin Pembelajaran Sempurna

RUMAH DAN BILIK TIDUR YANG SELESA MENJAMIN PEMBELAJARAN SEMPURNA

Musim peperiksaan akan menjelang tiba tidak lama lagi dan semua pelajar fokus pada pelajaran masing-masing. Namun, ada segelintir pelajar yang mengadu susah untuk study, fikiran berserabut, susah untuk menghafal dan sebagainya. Cuba kita fikir sejenak…lihat di sekeliling kita. Aspek utama yang harus kita fokuskan adalah, keselesaan rumah dan juga bilik tidur kita. Bagaimana keadaannya?

*gambar hiasan

Jika jawapannya ya, aduhh….patutlah belajar pun asyik tak masuk je. Bagaimana mungkin kita dapat fokus pada study kalau keadaan rumah dan juga bilik itu sendiri sudah tidak selesa.

Jadi, ayuh sahabat-sahabiah sekalian.. Sementara masa masih berbaki, sebelum exam menjelang, ambil peluang betul-betul untuk mengemas dan juga membersihkan rumah serta bilik bagi memastikan suasana tempat tinggal kita itu benar-benar
kondusif. Lagipun, kita sebagai seorang pelajar Islam, haruslah peka akan aspek kebersihan kerana “KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN”

Di bawah ini disediakan beberapa tips mengemas bilik dan juga rumah  yang dapat kita jadikan panduan:

Bilik:

  1. Asingkan pakaian yang sudah dipakai dan letakkan di dalam bakul supaya tidak bercampur dengan pakaian yang bersih. Jangan bertangguh untuk membasuh pakaian sehingga berhari-hari kerana ini akan membuatkan bilik kita kelihatan semak.
  2. Susun buku-buku yang bertaburan di atas rak buku dengan teratur. Bagi buku-buku yang sudah tidak ingin digunakan lagi, lebih elok jika dimasukkan terus ke dalam kotak supaya senang jika ingin dibawa pulang ke Malaysia nanti.
    *gambar hiasan
  3. Pastikan ruang meja study itu benar-benar luas dan selesa kerana, keadaan buku yang tersusun tinggi di atas meja serta kertas-kertas nota yang bertaburan akan menggangu fokus untuk kita belajar. Biarkan hanya alat tulis serta buku subjek berkaitan yang ingin kita study pada waktu itu sahaja yang ada di atas meja.
    Kedudukan meja study juga dianjurkan dalam keadaan menghadap kiblat.
  4. Sentiasa buka tingkap bilik di waktu siang supaya kita sentiasa mendapat pengudaraan dan juga pencahayaan yang sempurna. Ini penting supaya habuk-habuk dan debu yang dapat mengganggu kesihatan kita dapat dinyahkan. Pencahayaan juga perlu untuk mengelakkan kita mengantuk sewaktu belajar.
  5. Tampal kalimat-kalimat suci di dinding seperti ‘ALLAH, MUHAMMAD’. Tiap kali mata kita penat seharian menelaah pelajaran,alihkan pandangan ke rah kalimat suci tersebut. INSYAALLAH, ini sebagai salah satu cara untuk kita rangsang sel-sel otak agar terus bergiat aktif dan secara tidak langsung, kita akan terus bersemangat untuk kembali menelaah pelajaran.
  6. Pastikan ruang solat yang ada di dalam bilik kita benar-benar bersih dan selesa untuk kita melakukan ibadat. Ingat, di situlah tempat ‘dating’ kita dengan ALLAH. Di situlah tempat kita  melaksanakan solat wajib dan juga solat-solat sunat. Ingat, ruang yang selesa akan membuatkan kita lebih berkeyakinan untuk melaksanakan ibadah secara sempurna.

Rumah:

  1. Walaupun berada di dalam fatrah peperiksaan, namun aspek kebersihan di rumah juga mesti dititikberatkan. Pastikan rumah juga dalam keadaan yang bersih dan terjaga, bukan hanya bilik sahaja. Sesekali, ajaklah housemates untuk sama-sama bergotong royong membersihkan ruang-ruang utama seperti ruang tamu, dapur dan juga tandas.
  2. Pastikan selak pintu rumah berada dalam keadaan baik supaya keselamatan semua ahli rumah terjaga. Kita tidak mahu berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dalam musim peperiksaan begini.

Akhir kalam, selamat menghadapi imtihan buat semua. Semoga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat sahabiah semua. Ingatlah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Bersihkanlah (hiaskanlah dengan lanskap) perkarangan  rumahmu  dan jangan tiru orang Yahudi (yang tidak mahu membersihkan kawasan rumah-rumah mereka)”

“RUMAH SELESA, IBADAH TERJAGA”

Disediakan oleh,

Unit Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

2 comments

  1. Dukturah Ahyana

    Terbaik  artikel ni 🙂  harap semua dapat amik cakna dengan keadaan rumah masing2… 

  2. salam, tolong kemaskan umah aku buleh? wakaka~~

Leave a Reply to ahMad dAn Cancel reply