Home > Menu > Berita > Program Pembangunan Pelajar Tajaan MARA 2012

Program Pembangunan Pelajar Tajaan MARA 2012

Zagazig, 2 Mac 2012 – Unik Akademik PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2012 telah berjaya mengadakan Program Pembangunan Pelajar MARA 2012 hasil kerjasama dengan pihak MARA. Program ini telah dijalankan di Dewan Mustasyfa Garahah, Universiti Zagazig dan dihadiri oleh seramai 85 orang pelajar tajaan MARA sendiri.

Program ini merupakan salah satu usaha Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA bagi membina hubungan baik di antara pihak penaja dengan para pelajar di samping melahirkan pelajar yang cemerlang serta berdaya saing. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seorang bakal doktor dan ahli farmasi, malahan juga cabaran-cabaran yang wajib ditempuhi oleh seorang pelajar Sains Kesihatan sebagai persiapan para pelajar apabila di alam kerjaya nanti. Bermula dari 8.00-8.30 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil PERUBATAN Cawangan Zagazig, Naim Sarfaraz bin Ahmad dan diteruskan dengan ucapan pengarah MARA Mesir, En Isahak bin Othman.

Berikut merupakan tentatif majlis:

08.30 – 10.00 Attitudes And Ethical BehaviorProf. Dr. from Faculty of Medicine,Zagazig University     

 

10.00 – 10.30 Tea break
10.30 – 12.00        Culture  Of High Achievement (BudayaBerprestasiTinggi)Mr ShaifulAnuar MohammadCharge Affairs a.i

Embassy Of Malaysia

12.00 – 14.00      SolatJumaat&makantengahari
14.00 – 15.30 The Emotionally Intelligent Organization(Pengurusan IQ dan EQ)Ms Nor ZakiahZaidonAtache Of Education

Embassy Of Malaysia, Cairo

 

15.30 – 16.30 Sesi dialog bersamadelegasi MARA Tea breakBersurai

Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan lancar. Semoga para pelajar akan lebih bersedia bagi menghadapi alam kerjaya nanti dan inshaAllah mampu melahirkan generasi doktor dan farmasi yang cemerlang serta berdaya saing.

.

“BERSAMA MENINGKATKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN”

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati.

 

Disediakan oleh,

Liyana Khalisa Kula,

Timbalan Ketua Jabatan Liputan.

Galeri Program Pembangunan Pelajar MARA 2012

Tinggalkan komen anda