Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Laporan Program “Save Syria”

Laporan Program “Save Syria”

Zagazig, 27 Februari 2012 – Satu program ‘Save Palestin’ telah dianjurkan di Dewan Darul Wehdah bertujuan mengutip dana bagi disumbangkan kepada rakyat Syria yang diancam rejim Basyar Al Assad.

Dengan kutipan  sebanyak dua ribu lebih, pihak Unit Kebajikan PCZ telah berjaya mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan daripada ahli-ahli PERUBATAN. Program di Dewan Darul Wehdah yang memakan masa hampir 3 jam menampilkan dua orang ahli panel berpengalaman di Mesir, iaitu Ustaz Mohd Abdul Malek dan Ustaz Mohd Ulwan. Turut hadir sama Pengerusi PCZ,  Dr. Abdul Hakim Bin Mohd Suhimin dan Timbalan Pengerusi II PCZ, Dr. Fatmatul Zahrah Mat Zin dan beberapa  pimpinan PCZ. Para panelis telah menerangkan tentang apa itu Syiah Nusairiyah, ciri-ciri Syiah dan terpesongnya ajaran Syiah yang dianut Presiden Basyar dan keluarganya ini dari landasan Islam yang sebenar dan telah terkeluar dari pegangan Ahlul Sunnah Waljamaah. Menurut mereka, Syiah Nusairiyyah  bukan lagi serpihan mazhab dalam Islam bahkan satu fahaman yang telah terkeluar dari ajaran Islam ataupun telah murtad.Pemberontakan di Syria telah sampai ke tahap kritikal,saban hari berpuluh -puluh bahkan  beratus-ratus umat Islam telah dibunuh dan disembelih oleh tentera rejim Basyar Al Assad. Mereka telah menghalalkan pertumpahan darah sunni dan memandangkan sebanyak 80% rakyat Syria adalah berfahamanan ahli Sunnah Wal Jamaah, hal ini turut merancakkan lagi pembunuhan kejam yang berlaku, lebih –lebih lagi di satu bandar tempat bersemayamnya makam Saidina Khalid.

                Kempen seumpama ini telah berjaya menghimpunkan ribuan genih yang akan disasarkan oleh PERUBATAN di setiap cawangan sebelum diserahkan kepada badan khas yang akan menyalurkan sumbangan tersebut kepada rakyat Syria. Rata-rata ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig yang hadir telah bersama-sama mempamerkan simpati malahan empati dalam bentuk penzahiran terhadap kekejaman, pembiayaan kewangan, cakna tentang perkembangan terkini di Syria malah turut menyebarkan kebobrokan ini kepada dunia luar dan  melalui khidmat Facebook, sebagai kesinambungan dari kempen ‘Save Palestin’ ini. Diharapkan kesedaran yang telah terbina dapat terus diampuhkan lagi bagi menampung rayuan saudara seislam kita yang sentiasa dihujani darah di bumi Syam ini. Hakikat kegemilangan islam ini pasti akan berulang dengan janji kemenangan jika kesedaran sentiasa diiringi dengan doa yang berpanjangan serta saling ingat mengingati antara satu sama lain. Diharap program seperti ini dapat dijayakan dan diadakan lagi bagi mencambahkan kesedaran ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig khasnya dan seluruh mahasiswa di Ardul Kinanah ini umumnya, malahan mungkin konsep sebegini boleh diluaskan sayapnya bukan hanya untuk Syria tetapi juga untuk tanah tumpah darah mukmin yang lain.’’With caring, let spread the love’’.

Disediakan oleh : Setiausaha Unit Kebajikan 2012.

Galeri Program Save Syria

Tinggalkan komen anda