Home > Menu > Berita > Kes Kecurian di Zagazig

Kes Kecurian di Zagazig

Zagazig, 2 Mac 2012 – Kes kecurian kian menjadi-jadi di bumi Mesir. Terbaru, satu kes kecurian telah dilaporkan berlaku di Imarah Kausar, Salam Sadnawi dalam sekitar pukul 8.00 pagi.

*gambar hiasan

 Kejadian ini berlaku apabila salah seorang daripada warga tempatan yang tidak dikenali telah memecah masuk imarah berkenaan dan berkelakuan seolah-olah orang yang ditugaskan untuk membersihkan imarah tersebut.

Pada mulanya, salah seorang ahli imarah telah menjumpai lelaki terbabit lalu menghalau lelaki itu keluar. Namun begitu, tanpa disedari, lelaki arab tersebut telah berjaya masuk ke salah satu rumah di imarah berkenaan dan berjaya mencuri dua buah komputer riba milik dua orang akhawat yang pada ketika itu tidak berada di tempat kejadian. Dalam masa yang sama, ahli bait yang lain sedang berada di dalam bilik masing-masing lalu tidak menyedari akan kehadiran pencuri tersebut.

Justeru, berikutan dengan kes kecurian dan rompakan yang kian berleluasa, semua warga Zagazig dinasihati supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. Peringatan kepada semua agar tidak membenarkan mana-mana warga arab untuk masuk ke dalam rumah dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang pantauan.

Semoga dengan kejadian ini kita semua boleh mengambil iktibar dan pengajaran demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan kita bersama pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh:

Jabatan Liputan,

Unit Penerbitan dan Penerangan PCZ.

Tinggalkan komen anda